18.12.10

bersuami isteri

Fendi dan Mona adalah sepasang suami isteri yang baru saja melangsungkan perkahwinan seminggu yang lalu. dan mereka masih dalam mood berbulan madu walaupun hanya di rumah baru mereka. kesibukkan kerja masing-masing membataskan segala perancangan berbulan madu di Nicaragua. kebiasaan manisnya berumahtangga semestinya si suami mempunyai sifat ah-tengah-sedap-halal-lagi-malam-malam-'sebat'-apa-ada-hal. suatu malam yang esoknya-kena-bangun-pepagi-buta-kena-kerja Fendi meluahkan hasratnya. dan semestinya panggilan papa mama sangat sinonim semasa mood berbulan madu masih lagi segar

Fendi : mama,jom main
Mona : ala mama penat la. esok kena bangun pagi-pagi ada meeting dengan klien
Fendi : ala sekejap je. bosan nie
Mona : weekend kan ada. boleh main puas-puas
Fendi : tapi papa nak malam nie. dosa tau tolak kehendak suami
Mona : ha yela yela.sekejap je tau
Fendi : (senyum)

10minit berlalu

Mona : papa,slow sikit la
Fendi : ............
Mona : papa,papa jahat
Fendi : ............
Mona : ala taknak la main lagi. papa jahat
Fendi : salah mama la kan
Mona : apesal pulak?
Fendi : yela dah papa ambik Bugatti Veyron, yang mama ambik Proton Inspira kenapa?.

dengan serta merta cd Need For Speed Underground 2 yang baru dibeli kelmarin dicampak keluar dari X-box 360 yang baru dibeli kelmarin dan hinggap ke dinding dapur sebelum Gitar Hero kegemaran Mona yang baru dibeli kelmarin mengambil alih tempat NFSU2.