28.8.11

Raya Oi!


Menjelang hujung bulan Ogos yang akan tiba, dengan ini aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke, ke.ermm.ermm.ke berapa ha?.

Pandu cermat jiwa selamat, dont drink and play handphone when u drive. Ingat la orang tersayang, atuk, nenek, opah, buyut, embah, nyai, grandfather, grandmother, mak, ayah, ibu, abah, mama, papa, darling, honey, abang, adik, kakak, adik lelaki, adik perempuan, brother, sister, grandson, granddaugther, makcik-makcik, pakcik-pakcik, saudara mara lelaki, saudara mara perempuan, makwe-makwe sebelah rumah, jodoh depan mata dan sesiapa yang mengenali diri sendiri


p/s: haram j aku tak tahu langsung duit kaler purple tu berapa nilainya. dalam wallet ada kaler biru cair je. kaler biru hijau-hijau pun nasib-nasib jela kalau ada

27.8.11

Makan Jari

Malam yang lepas-lepas, aku tertengok tv pasal rancangan islamik-islamik gayanya. Tapi faktor peningkatan usia buat aku lupa nak menghafal tajuk rancangan

Ini berkaitan dengan perbuatan selepas makan. Apa yang diperkatakan ialah:

1. Selepas selesai makan, jangan terus membasuh tangan
2. Jilat jari satu persatu mulakan dengan jari hantu, ke jari telunjuk, ibu jari (bukan jari ibu) seterusnya ke jari kelingking dan jari manis
3. Maksud jilat di sini ialah masukkan jari ke dalam mulut. Kalau tak dapat bayangkan macam mana gayanya, datang jumpa aku, bawak sekali mekdi or kayefci or pizza hat. Domino's pun boleh
4. Dikatakan salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW
5. Dikatakan juga terdapat enzim-enzim pada jemari kita yang boleh mencernakan makanan dalam perut
6. Mungkin salah satu faktor makanan dalam perut tak sempat nak jadi lemak
7. Juga mungkin menjadi faktor ketidakgemukkan macam aku. kehkehkeh
8. Dan seingat yang aku pernah baca dulu, ia jugak melancarkan perjalanan darah pada jari jemari kita
9. Aku memang buat menda nie walaupun makan karipap



Tapi pastikan makan guna jari. Kalau makan guna sudu, pastu kau jilat jari, tu namanya pengotor, jijik kau. Dan pastikan jugak jari yang kau jilat tu adalah jari tangan, bukan kaki.


24.8.11

Puasa Raya Gaya Bujang

Alhamdulillah dah hari ke-23 umat islam berpuasa dan aku belum terlepas lagi berterawih kat surau ehemm ehemm.depan rumah. Masa belajar dekat luar kawasan, 6tahun jugak tak jumpa surau masa bulan romodhonn. Nasib badan kuat lagi sampai rakaat ke-8.kehkehkeh

Kalau mengikutkan kalendar, maknanya lagi 7 hari nak raya. Apa? Baju melayu raya belum ada? Memang takde pun sejak 6tahun lepas. Bukan taknak beli, tapi memang aku taknak ada pun. Baju masa jadi pengapit dulu pun cantik lagi.

Oh ya. Tahun nie tak lagi jalan-jalan cari buka kat bazar romodhon. Entoh apa gamaknya yang ada kat bazar tu. Bazar Parit Raja takyah cita. Dah muak menengok menda yang sama 3tahun

Begitulah serba sedikit pandangan saya tentang puasa kali ini

23.8.11

Hati-hati menjaga hati

Marah tak bererti
Jiwa kosong hati mati
Manusia mudah lupa diri
Mendabik dada dengan harta duniawi
Lupa pada akhirat yang menanti
Syurga dan neraka kekal abadi

Diam ubi diam berisi
Diam keladi belum tentu lagi
Panas baran hati berapi
Jangan bermain dengan api
Diberi minyak apatah lagi
Kelak merana diri


Aku memilih berdiam diri
Papan kekunci teman sejati
Mulut terkunci keseorangan memencil diri
Tunduk pada keagungan Ilahi

22.8.11

Pagi sahur


Di suatu pagi sahur,

Mak : Fakrul,nak bangun sahur tak?.

Fakrul : Nak! Nak! Mak buat Ho Ho Horlick ea?

Mak : Ho Ho Hotak kau. Bangun cepat!!