28.12.10

tanah tumpahnya darahku

bola,bola,bola..semua bercerita pasal bola..dari tivi bawak ke kedai kopi..dari perempuan bawak ke lelaki..dari pancaran laser bawak ke perang siber..



"Arsenal main tak macam Manchester United,tapi Arsenal menang macam Manchester United"



"bukan 1,bukan 2 tapi 3gol.tahniah Malaysia" - AFF Suzuki Cup 2010



"bukan 1,bukan 2 tapi 3gol.tahniah Arsenal" - BPL 28/disember 2010/2011



*****
agaknya kalau Indonesia naturalisasi Drogba,mungkin mereka boleh dapat sebijik dari sepakan percuma


kah kah kah



27.12.10

Malaysia bukan Manchester United

kita tukar safiq rahim kepada Anshari Shamsuddin

tetap klasemen walau kurang 2 perlawanan. apa ada hal


macam berbatov, score nak kena 2 gol
brader nie boleh pergi jauh,main dengan kelab terkuat di dunia misalnya. inai merah dijari?.apa ada hal

24.12.10

Along dan SOS Top-up

1.22am - calling dari nombor tidak dikenali bertukar menjadi miskol. gua bizi buat kopi kat dapur

disebabkan gua hanya ada SOS top-up,gua mesej ringkas 'siapa?'

ting tong (door bell ringtone)

'aku la mat pahang.ko kat mane?.aku bosan nie kat umah'

gua reply balik - 'aku kat rumah.nak tido dah pun.ko mesej la budak-budak nie'

ting tong (lagi door bell ringtone)

'mintak nombor budak nie'

4.24am - 17minit lagi nak siap proses mendownload movie


***
p/s: SOS top-up ialah proses dimana bila kredit kau dah tinggal RM0.00 dan masa tu kau dah terdesak sangat nak call makwe mak kau tapi kau malas nak pergi kedai topup,pastu kau pun buat la pinjaman dengan along (maxis) sejumlah RM2.00.kenapa gua kata along?.sebab dia akan cas RM0.50 pada setiap transaksi yang berjaya.tapi biasanya memang selalu tak pernah tak berjaya. entah dah berapa banyak dorang sebat RM0.50 gua. menyesal tu kadang-kadang ada jugak tapi kalau dikira kau pergi kedai-topup-naik-motor-minyak-topup-patah-balik,baik kau layan SOS top-up

p/s/s: jarang-jarang waktu tidur gua jam 2.00am

23.12.10

i'm good,i'm ok

entri nie adalah entri serius gila ba


semakin ramai umat manusia,melayu khususnya yang gua nampak berdoa kat laman so-sial fesbuk. bagi gua memang la tak salah buat perkara baik macam tu. tapi mungkin mereka lupa atau tak tahu atau tak mengambil tahu yang create fesbuk nie adalah seorang yahudi yang dikategorikan sebagai salah seorang penderma berbilion dollar dan penyokong tegar kepada tindakan rejim zionis laknatullah terhadap Palestin. jadi maksudnya creator seorang yang anti-islam atau dalam konteks kenegaraan dorang,penentang keganasan.wadehel?!..seterusnya doa-doa korang hanya jadi bahan lawak si yahudi nie jela jawabnya.tu pun kalau dorang paham bahasa melayu.google translate?.apa ada hal.



***check this out energetic+crazy Arabyrd featuring Tenderfist



18.12.10

bersuami isteri

Fendi dan Mona adalah sepasang suami isteri yang baru saja melangsungkan perkahwinan seminggu yang lalu. dan mereka masih dalam mood berbulan madu walaupun hanya di rumah baru mereka. kesibukkan kerja masing-masing membataskan segala perancangan berbulan madu di Nicaragua. kebiasaan manisnya berumahtangga semestinya si suami mempunyai sifat ah-tengah-sedap-halal-lagi-malam-malam-'sebat'-apa-ada-hal. suatu malam yang esoknya-kena-bangun-pepagi-buta-kena-kerja Fendi meluahkan hasratnya. dan semestinya panggilan papa mama sangat sinonim semasa mood berbulan madu masih lagi segar

Fendi : mama,jom main
Mona : ala mama penat la. esok kena bangun pagi-pagi ada meeting dengan klien
Fendi : ala sekejap je. bosan nie
Mona : weekend kan ada. boleh main puas-puas
Fendi : tapi papa nak malam nie. dosa tau tolak kehendak suami
Mona : ha yela yela.sekejap je tau
Fendi : (senyum)

10minit berlalu

Mona : papa,slow sikit la
Fendi : ............
Mona : papa,papa jahat
Fendi : ............
Mona : ala taknak la main lagi. papa jahat
Fendi : salah mama la kan
Mona : apesal pulak?
Fendi : yela dah papa ambik Bugatti Veyron, yang mama ambik Proton Inspira kenapa?.

dengan serta merta cd Need For Speed Underground 2 yang baru dibeli kelmarin dicampak keluar dari X-box 360 yang baru dibeli kelmarin dan hinggap ke dinding dapur sebelum Gitar Hero kegemaran Mona yang baru dibeli kelmarin mengambil alih tempat NFSU2.

tagged

di tag oleh kak dayang

1. Adakah anda rasa anda HOT ?
 - gua hot bila orang buat gua hot sebab rembat choki-choki gua tanpa kebenaran

2. Upload wallpaper anda guna sekarang


3. Cerita tentang wallpaper tersebut
tak tergamak gua nak tukar wallpaper lain sejak dari mula gua beli laptop nie.tapi akan datang siapa tahu.gua kasik naik gambar So Hee ke,Elly Tran Ha pun sedak jugak 

4. Kali terakhir makan pizza
- ...........entah

5. Lagu terakhir anda dengar ?
- KRU_kita bersaudara





6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini ?
- berjudi


7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa ?
- wan,azwan


8. Tag lagi lima orang
- Surya 
- Amalina 
- Farah
- Ahn So-hee
- Fatimah


9. Siapa orang pertama dengan anda ?
- ex-classmate darjah 6 merangkap isteri kepada ex-classmate form 1


10. Katakan sesuatu pada orang kelima
- Semoga menjadi cikgu yang berjaya


11. Orang ketiga ada hubungan dengan sapa ?
- Hubungan dengan Allah S.W.T,hubungan sesama manusia


12. Bagaimana pula dengan orang kedua ?
- Hubungan dengan Allah S.W.T,hubungan sesama manusia


13. Kata-kata cinta kepada orang keempat ?
- bila nak melamar i?


14. Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag ?
- Perempuan, ex-classmate (kecuali So-hee), bekerjaya (kecuali Farah), ada akaun facebook 




***kalau gua boleh jawab 14soalan dengan bergaya,apa salahnya orang yang berkenaan (kecuali So-hee) jawab jugak kan. 



17.12.10

makwe idaman

ciri-ciri idaman adalah seperti berikut :

  1. Putih gebu
  2. Body solid,mantap
  3.  Japanese look
  4. Menjaga keterampilan sejak mula
  5. Rendah diri pada yang lebih berkuasa
  6. Bongkak pada yang lemah
  7. Tahan lasak dan tidak alah pada cuaca panas
  8. Garang di luar,di dalam siapa yang tahu
  9. Pantas dalam setiap pergerakkan
  10. Sombong di jalanan mahupun di kejiranan
  11. Tidak memilih kawan dan lawan
  12. Mudah dikawal
  13. Pergerakkan yang lancar apabila dibawa berjalan
  14. Tidak perlu touch up yang banyak untuk cantik
  15. Tak buat hal bila gua tengah sengkek
  16. Tiada masalah pada suasana kampung mahupun desa
  17. Luaran yang up-to-date semestinya dalaman yang berintelektual tinggi
  18. Bertenaga dan berkuasa
  19. Boleh membuatkan jejaka lain merasa cemburu 
  20. Menjadi yang pertama tak semestinya menjadi yang terakhir,mungkin ada yang kedua,ketiga
.
..
...
....
.....
......
......
.......
.......
.........
..........
...........
.............
..............
................
.................

Honda Civic Type R

16.12.10

sayew boodack baruw bewlajar

"akuh sukew gilew makwe howt tu dowh"

"naty naik cuti teman aaa nengok movie doe . ta kesian kew kat akuh??"

"akuh lewpak kat mawmak niey.siniw lew"


"cedeyh law.pewot da muncit"

"kaw ada rasew nak terajang tak kalaw kaw dapat mesej ayat macam niew?.sewrius gampang" 


bila gua dah berumahtangga dan ada anak,gua nak suruh anak gua hafal kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. A,B,C,1,2,3 tolak tepi dulu.baru la mantap karangan bahasa melayu A-Level. bila cikgu tanya "dah besar nanti awak nak jadi apa?"..dengan lancar dan angkuh anak gua jawab "saya nak jadi macam Datuk A.Samad Said".sejuk perut bini gua mengandung 9bulan 10hari.

tapi sebelum tu gua kena pastikan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka tu tak lari dari konsep asal. kalau tak gua terpaksa ajar anak gua kamiran berganda tahap budak-budak degree. dah besar nanti senang sikit nak urusniaga jual beli team bola BPL harga juta-juta tapi bayar guna dinar emas. apa ada hal

walaupun So Hee tolak cinta gua,tapi apa ada hal

walaupun gua rasa fesbuk nie makin membosankan,
gua tetap login sebab nak tengok kot-kot ada makwe howt add gua sambil ushar gambar-gambar makwe seksi

walaupun chips Texas HoldEm Poker gua hampir nak bengkrap,
gua tetap main jugak sampai kaya kejap,pastu hampir bengkrap lagi

walaupun gua duduk kat rumah tak buat pape selain bermakan,bertidur,bertivi,beronline,
gua tetap rasa rumah manis rumah


walaupun gua tinggikan suara kat Amira sampai nangis,
gua tetap pujuk dukung-dukung ala ala busyuk masham gewdik au nak manja-manja lebih

walaupun gua rasa MUFC main macam haram kadang-kadang,
gua tetap di hati GGMU

walaupun gua dapat banyak jemputan kahwin kawan-kawan,
gua tetap rasa nasi mak gua masak lagi sedap walau berlaukkan ikan masin,asam pedas,sayur kangkung goreng,ikan kembung goreng.apa ada hal

walaupun gua tidur jam 12a.m,ok tak.sejak cuti nie paling awal pun jam 2a.m,
gua tetap bangun jam 3p.m

walaupun gua bangun tidur jam 3p.m,
hakikatnya gua baru nak bersarapan

walaupun gua makan banyak kadang-kadang,
gua tetap maintain sampai sekarang

google
walaupun ramai orang kata gua sombong,
hakikatnya gua seorang yang pemalu auuw..

kehkehkeh...

12.12.10

facebook dan dosa



dosa pertama : memaki hamun sesama manusia

apa kejadah kau nak maki hamun orang yang takde fesbuk.nie bukan setakat dapat dosa,kau jugak dapat malu sebab di tertawakan orang-orang macam gua. sebab gua rasa orang-orang macam lu tak guna otak bila tulis status macam tu.

dosa kedua : tayang gambar-pakai baju-tapi-aku-rasa-baik-kau-tak payah-pakai-baju-bagai

nie memang gua tak nafikan ramai sangat perangai macam nie. agak muka kau comel cantik bagai seksi meksi gua tak kisah la. muka yang macam suam-suam kuku-banding-anak sedara gua-comel lagi,kau terdesak sangat ke nak orang add kau?.tapi pape hal pun,gua suka jugak ushar makwe seksi-seksi nie.dosa gua lu tanggung ok..kahkahkah

dosa ketiga : mengumpat,mencaci,mengeji

gaya macam nie pun banyak gua tengok. marah-marah makcik yang add-kau-sebab-mengurat-laki-dia, status kau yang up-to-date setiap 5 minit marahkan kawan laki kau-tak-hensem-tiba-tiba-menyesal kenal, acara mengeji dan memburukkan stail budak-budak cerdik pandai keluaran universiti. kau berpolitik macam gaya-lepas grad-kerja-sebelah-PM. lepas tu lu nak suruh gua like lu punya page-ada-gaya-parti-politik-punya. apa kejadah. brader, gua tak into semua nie. daripada gua join menda anti gov.my,pro A bagai, baik gua layan muzik bawah tanah sambil pekena kopi O kaw.

dosa keempat : iklan lucah

sekali scan guna henpon 3310i boleh nampak bontot bagai. nie punya iklan memang nampak bangang. siapa punya idea la buat aplikasi jadah haram macam nie. nie memang gua selalu kena. dah la satu hal main Texas HoldEm Poker, lepas tu sebelah kanan pulak ada iklan tunjuk bontot. nak taknak gua terpaksa tengok jugak sebab kalau gua tukar page lain, habis la chips gua nanti. 

dosa kelima : dosa yang kau dapat bila baca entri gua yang macam mengumpat gayanya

siapa suruh baca..kahkahkah

p/s : newcastle united 3-1 team cap bangau loser sangat

10.12.10

doa

dulu masa kecik-kecik kalau gua nak tidur,mesti baca doa tidur dulu. sekali baca tu sampai tiga kali doa. satu untuk gua, satu untuk mak gua dan satu lagi untuk abah gua. abang-abang gua pandai-pandai la dia baca sendiri.

tapi sekarang kalau nak tidur, gua masih baca doa tidur lagi. tapi gua baca dua kali je. satu untuk gua masa kini, satu lagi untuk gua masa depan.

7.12.10

riadah menguatkan apa yang tak kuat

Lokasi   : Gunung Ledang

Yuran    : RM5 tak termasuk cukai tol,minyak naik harga,cas masuk tandas,rokok naik harga lagi dsb

Penyertaan     : 30 orang hero remaja kecuali yang berstatus tunang

Pengangkutan : Proton Saga BML,Proton Satria,Proton BMW,Proton Persona,Perodua Kancil 660cc, Perodua Civic 2.0,Perodua Kancil 850cc (belilah kereta buatan Malaysia)

berkumpul di rumah penganjur


'minumlah coca cola' tahun 1961.sikit lagi gua lahir

pada ketinggian yang keberapa meter entah, dia punya penat macam angkat batu bata 10kg sebanyak 10kali

sikit lagi gua nak jadi mangsa labah-labah pembunuh nie
gambar kenang-kenangan sebelah cik labah-labah pembunuh

sesi mandi manda terpaksa dihadkan sebab kurang lemak

nie akibatnya kalau kencing dalam air

gua dah cuba tahan air tu tapi tak berjaya
motif sebenar gua tengah pancing ikan kat bawah tu

sesi menghidupkan api bukan kerja gua

gelungsur di batu berair seperti bukan gelungsur di taman mainan

gua tengah cuba merentasi titian usang gaya labah-labah pembunuh
seperti batu dengan air bukanlah seperti aur dengan tebing

air dicincang kalau putus bukan air namanya

barbeque time

gua syak puteri gunung ledang dah conquer ayer panas nie
gua masuk tandas mandi macam mandi air terjun dia punya rasa

kacak luar kacak dalam,kacak lagi jazz tu

sesi bergambar sebelum balik

oh! gua silau
makwe berbikini tu lebih howt dari makwe pilih KLCC dowh!

"sapa nak mee bandung special telur lembu?"
"saya..saya"

gua buat muka brader-brader

masih muka brader tapi versi keanak-anakkan

penjelajahan ditamatkan dengan aktiviti perabis mee bandung kat Pagoh


p/s: sumber dari lensa kamera canon 50D dan samsung galaxy S

5.12.10

jurutera masyarakat

sebagai seorang bakal jurutera,memandang ke hadapan itu sudah semestinya demi meningkatkan kreativiti dan inovasi diri serta persekitaran kerja. ini yang membezakan seorang jurutera dan seorang peguam.

sebagai seorang bakal jurutera,memilih kerja dan gaji yang kita suka itu harus agar kerja yang akan dibuat lebih sempurna jadinya.peguam-takde client-takde income. ini yang membezakan seorang jurutera dan seorang peguam.

sebagai seorang bakal jurutera,mempunyai daya fikiran dan imaginasi tinggi senantiasa diharapkan dalam melaksanakan kerja yang diberi.sebagai contoh,seorang peguam tidak dapat mengenalpasti masalah jika sesebuah mesin itu rosak tetapi seorang jurutera sudah tahu apa yang perlu dilakukan.ini yang membezakan seorang jurutera dan seorang peguam.

sebagai seorang bakal jurutera,sebenarnya mereka bukanlah seorang penulis yang berbakat tetapi seorang peguam boleh mengauta fakta dengan berkesan.ini yang membezakan seorang jurutera dan seorang peguam.

dan sebagai seorang bakal jurutera,tidur lambat itu rutin dan ulangkaji pada saat getir itu wajib.dan bila semua itu berlaku,pemakaian pun asal boleh.

Crumpler Bag for nothing


1.12.10

pak belalang

belalang belalang belalang
belalang belalang belalang
hey holiday
 oh belalang belalang belalang 
 
belalang bawak isteri
belalang bawak isteri 
hey holiday
oh belalang bawak isteri 

isteri bawak anak
isteri bawak anak
hey holiday
 oh isteri bawak anak
 
anak bawak kucing
anak bawak kucing 
hey holiday
oh anak bawak kucing 

kucing tangkap tikus
kucing tangkap tikus
 hey holiday
oh kucing tangkap tikus
 
tikus sudah mati
tikus sudah mati 
hey holiday
oh tikus sudah mati

belalang suka hati
belalang suka hati
hey holiday
oh belalang suka hati
 
 
 
*****
Tadika Kemas Kem Batu Kentonmen Jalan Ipoh, 1992