30.9.10

anak degil

sesiapa yang rasa anak mereka degil yang amat,boleh la cuba mencuba kaedah nie.gua dapat nie pun dari email kawan yang kita suka.cara dia amat mudah.cuma agak meremang kot masa mula-mula tu.
  1. bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil roh anak.
  2. wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia 
  3. nak anak senang bangun ke sekolah,boleh cuba
  4. nak anak pandai ngaji,boleh cuba 
  5. nak anak pandai belajar,boleh cuba
  6. nak anak pandai mengorat makwe-makwe,jangan cuba


*****
kadang-kadang gua cuba jugak kat kawan bilik sebelah. tapi gua bagi kelainan pada no.2




"wahai roh kawanku,kalau taknak rasa kena pijak kat perut sok pagi-pagi bangun ye gi kelas." 



tapi kebiasaannya gua terlajak sama tidur di bilik berlainan

29.9.10

Aida Amira Binti Mohd Rashidi







*****
kecik-kecik dah pandai buat muka comel.dah besar nanti macam mana la gamaknya.

26.9.10

kawan sebilik

saya sangat jeles bilamana.ok kita gunakan "saya" untuk entri nie..saya sangat jeles dengan sikap dan perangai kawan sebilik saya.apekehal letak kepala kat bantal terus berdengkur.saya?.letak kepala kat bantal-berangan-kumpul duit-tutup mata-berangan-beli keta besar-cuba tutup mata rapat-rapat-berangan-nak kawen-rapat lagi padu-padu-lagi kawen-buka mata-tengok handphone-pejam lagi-celakak bila nak mimpi dating dengan Kim Kardashian nie..

mungkin itu salah satu kelebihan yang terdapat pada kawan sebilik saya dan juga kelebihan pada saya sebab dapat dengar dengkuran kawan sebilik saya.

***
pernah saya kejut kawan sebilik saya tu.saya kata "boleh senyap sikit tak?"..ia cuma dapat bertahan hanya tidak sampai 5minit.saya masih lagi berangankan Kim Kardashian

23.9.10

pelajar dan fesbuk

cabut kelas awal-awal,balik rumah mengadap fesbuk jua akhirnya.apa-kejadah-nya-ini-semua. gua harap pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang dengan melarang rakyat Malaysia terutamanya golongan pelajar sekolah daripada melayari laman sosial fesbuk tidak lebih dari 5jam sehari. benda-benda lagha nie kita kena ambil berat sikit. kalau tak nanti melarat sampai ke tua.

21.9.10

cuti

hari-hari bangun tidur dekat pukul 3petang.tak.kadang-kadang dekat pukul 4 atau 5petang.nie tiba-tiba kejutan budaya bangun pukul 7pagi.apakehal?

hari-hari bangun tidur makanan dah tersedia atas meja, nie tiba-tiba bangun-mandi-buat air-sendiri-cari makan-sendiri-keluar duit-sendiri.apakehal?

hari-hari bangun tidur campak saja baju-seluar-boxer dalam mesin basuh,nie tiba-tiba campak baju-seluar-boxer dalam baldi tapi tak berbasuh.apakehal?

hari-hari bangun tidur tengok tivi channel astro katanya macam-macam ada,nie tiba-tiba tengok tivi pun takde feeling.lebih seronok tidur rasanya.apakehal?

hari-hari tengok fesbuk bosan jugak ye dak?

17.9.10

Raya

hari pertama raya gua tahun nie memang lancar.tidur tak cukup belakang cita.4tahun selalu sengaja lajak tidur,kali nie gua gagahkan bangun pagi.hari-hari birthday tak manis bangun lambat orang kata.hasilnya gua pergi sembahyang raya sorang sorang naik moto. abah gua awal awal lagi dah cabut siap bersampin.gua dress ala kadar. bukan ada makwe nak tengok pun..

baju masa jadi pengapit abang gua 4tahun lepas

habis sembahyang kena pulak dengar khutbah. serupa macam khutbah jumaat. mata memang tak tertanggung. tapi apakan daya,dengar jugak gua sampai habis. siap bersalam ala kadar gua kasik lincah buka langkah. bantal dah memanggil. tp sebelum keluar dari masjid tu,gua rasa dah macam kat oversea. pelancong india,pakistan,bangladesh,indonesia main peluk peluk laga pipi. takde adab sopan langsung. gua kasik lincah-laju-laju-lampu merah-langgar-rumah-salin baju-makan-tidur.

*****
mata gua buat hal. baru nak betul betul punya lelap, pakcik gua pulak datang. nak taknak gua terpaksa bangun jugak. sampai la rombongan pertama kanak-kanak datang beraya. gua ada terbaca kalau jatuhnya raya pertama pada hari jumaat,otomatiknya sembahyang jumaat dah jadi harus. tapi gua tak ambil pedulik. gua ambil keputusan drastik untuk tidur lepas melayan rombongan kedua kanak-kanak comel. apa cita sampul duit bersepah kat depan rumah gua. rasa macam nak tepuk kuat-kuat dahi kanak-kanak comel tu.takde adab sopan langsung.

jam 4petang gua keluar shopping raya dengan abang&kak ipar gua.

9.9.10

10hb September 2010



Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir dan batin
Kepada rakan rakan
Kepada makwe makwe mahupun gadis jelita
Kepada mak mak makwe,nanti saya datang raya
Kepada saudara yang jauh di mata, kat kampung nnt kita jumpa
Kepada kawan kawan yang dah lama tak tengok muka
Kepada yang bermusuh dengan saya
Saya kira halal dengan kamu semua
Akhir kata
Selamat Hari Lahir kepada saya (^_^)

6.9.10

kita sama saja

"kenapa makin tinggi?"

*****

ayat pertama mak gua bila mana gua baru menjejakkan kaki ke rumah setelah 2bulan hidup diperantauan. biasa la mak. hidup sendiri,makan sendiri,minum sendiri,mandi sendiri,basuh baju sendiri,lipat baju sendiri,pergi bersuka ria je secara berjemaah.tapi rasa gua takde pun yang berubah.semua sama je.cuma janggut dengan misai je sejak dua menjak ni pertumbuhan yang amat memberangsangkan.

ni baru mak gua sound.belum lagi makcik makcik,pakcik pakcik gua lak yang sound.balik kampung nanti konfem makcik gua sound "makin kurus kau ni". raya lepas lepas pun ayat ni jugak yang keluar.kalau tiap kali gua balik raya kena sound "kau nie makin kurus je", takkan raya tahun depan gua nak balik dengan tulang je.


gua nak hadiah ni
nie ke..
nie pun ok gak

5.9.10

kawan

bunga yang mekar tak semestinya harum baunya
senyum yang di ukir tak semestinya dijanji gembira
panas bukan bererti api
bahang tak semestinya hawa
terang bukan siang semata
gelap tak sekadar malam
kawan umpama ikan dengan air
bukan seperti ikan dengan mata kail




***
amacam?.ada rasa macam nak muntah tak?

3.9.10

scene zaman kanak kanak

muntah padu, muntah kurang padu, muntah padu padu.tu semua zaman kanak kanak memang in. dah agak remaja nie scene muntah gua berkurangan.atau dengan kata lain, gua dah lama tak main muntah muntah ni. seingat gua, muntah paling padu dan terakhir masa gua menuntut ilmu kat pasir gudang dulu. tu pun salah makanan. gua syak ada orang cuba nak mengurat gua melalui makanan. nasib gua dapat elak.itu time memang kaw kaw gua kasik. bilik air memang dah banjir habis. lepas tu gua rasa memang gua dah tak join scene muntah muntah nie lagi. 


****
31Ogos2010,
scene muntah gua kembali lagi.celakak!