17.9.10

Raya

hari pertama raya gua tahun nie memang lancar.tidur tak cukup belakang cita.4tahun selalu sengaja lajak tidur,kali nie gua gagahkan bangun pagi.hari-hari birthday tak manis bangun lambat orang kata.hasilnya gua pergi sembahyang raya sorang sorang naik moto. abah gua awal awal lagi dah cabut siap bersampin.gua dress ala kadar. bukan ada makwe nak tengok pun..

baju masa jadi pengapit abang gua 4tahun lepas

habis sembahyang kena pulak dengar khutbah. serupa macam khutbah jumaat. mata memang tak tertanggung. tapi apakan daya,dengar jugak gua sampai habis. siap bersalam ala kadar gua kasik lincah buka langkah. bantal dah memanggil. tp sebelum keluar dari masjid tu,gua rasa dah macam kat oversea. pelancong india,pakistan,bangladesh,indonesia main peluk peluk laga pipi. takde adab sopan langsung. gua kasik lincah-laju-laju-lampu merah-langgar-rumah-salin baju-makan-tidur.

*****
mata gua buat hal. baru nak betul betul punya lelap, pakcik gua pulak datang. nak taknak gua terpaksa bangun jugak. sampai la rombongan pertama kanak-kanak datang beraya. gua ada terbaca kalau jatuhnya raya pertama pada hari jumaat,otomatiknya sembahyang jumaat dah jadi harus. tapi gua tak ambil pedulik. gua ambil keputusan drastik untuk tidur lepas melayan rombongan kedua kanak-kanak comel. apa cita sampul duit bersepah kat depan rumah gua. rasa macam nak tepuk kuat-kuat dahi kanak-kanak comel tu.takde adab sopan langsung.

jam 4petang gua keluar shopping raya dengan abang&kak ipar gua.

No comments: