2.5.12

Masalah

Ada orang bermasalah dengan rambut gua yang takde la panjang mana pun,

Ada orang bermasalah dengan mata gua berkelip banyak-banyak kali,

Ada orang bermasalah dengan stokin kaler merah gua,

Ada orang bermasalah dengan jam tangan kaler biru gua,

Ada orang bermasalah dengan ketebalan badan gua (nipis sebenarnya),

Dan orang bermasalah bersungguh-sungguh berkongsi masalah yang dia sendiri timbulkan dengan orang lain

Dan gua sebenarnya takde masalah langsung dengan orang bermasalah ni.

Cuma gua dalam hati:

"Jelessss lettew gua tinggi,kurus dan hensem"

Kahkahkah!!

31.3.12

Comel

Tahun 2000

Gua pernah bertumbuk dengan kawan 3 kali ganda beso dari gua sebab kata gua comel dengan gaya mengejek.

Sekarang,

Kalau gua jumpa kawan 3 kali ganda beso dari gua nie lagi sambil diejeknya gua comel, gua belanja chicken chop hutan bandar RM5 tambah tiga kali.




29.3.12

Awkward

Saat yang menjengkelkan bilamana budak perempuan umur 12tahun dah pandai menilai hensem/tak hensem abang umur 26tahun.

Apa yang gua boleh cakap ialah gua simpati dengan budak-budak zaman sekarang.

Tak kenal apa itu batu seremban (budak perempuan dulu-dulu ada saka,power betul main), tengteng, baling selipo, konda-kondi batang ubi kayu, bola cop (berbirat oii), main gasing sampai pecah simen rumah, bola roundest, polis sentri wantujaga polis mati pencuri jaga, tepuk kad (bodoh punya game,buat sakit tangan je), saidina, bola kertas, main guli (asal tembak tak kena,dicop tangan pengkor), pistol kayu peluru ceri, main ceper (struggle cari tutup ceper kat sekolah), cop tiang, nenek si bongkok tiga, zero point (lagi baik tak main,malu oi kalah dengan budak perempuan), main pondok-pondok,

Main kawen-kawen je gua tak penah main.

kahkahkah!!

Sorry dik. Abang tak bangga langsung. Lain la kalau adik rekemenkan abang kat kakak adik yang lawa. Tak lawa abang taknak.

kehkehkeh.

bintang kecil :
Gua dulu-dulu miskin. Sebab tu main game yang kos rendah-rendah je. Tapi sekarang gua miskin jugak.

18.3.12

tunang

Ai ada kawan
Nama kawan ai Ali
Ali tu lelaki
Ai pun lelaki
Ali dah tunang
Tahun depan kahwin
Ai pulak belum tunang
Tak tahu pulak bila kahwinnya
Bakal tunang ai tak tahu jalan ke rumah ai
Ai nak belikan GPS
Tapi ai pulak tak tahu alamat rumah bakal tunang ai
Nombor henpon lagi la takde
Ai harap suatu hari nanti bakal tunang ai tu jumpa facebook ai

kbai

21.2.12

Jepun

Di Jepun

Sebuah TV show memaparkan kanak-kanak berumur lingkungan setahun ke atas diberikan tugas untuk ke kedai membeli barangan yang diperlukan ibubapa mereka sambil beberapa krew dengan kamera yang disorokkan merakamkan setiap perjalanan kanak-kanak tanpa mereka sedari.

Aku kagum!

Di Malaysia pula

Ibubapa masih takut dan risau untuk membiarkan anak-anak mereka keluar seorang diri.

walaupun umur dah 9 tahun.


30.1.12

Minggu yang teruk



1. Superbike leaking makin teruk rupanya
2. Menyu kalah pada tim "biar tak menang cup,janji menang dengan menyu"
3. Penghibur rakyat yang pada pendapat aku sepatutnya layak menang tak menang
4. Rambut dah kemetot demi interview
5. Sakit kepala berlarutan pasal rambut kemetot
6. Pengangguran nak masuk bulan ketiga
8. Aktiviti harian takde yang produktif, selain tendang bolo seminggu sekali
9. Serabut pikirkan line-up fantasy nih
10. Semenjak dua ni aku cepat betul laparnya. Nak tidur pun teringat makan. Nie paling teruk sekali. Perghh! Serius!

Perghh!
Perghhhh!!
Perghhhhhh!!!

12.1.12

Perangai



Gua perati je budak budak macam ni punya peel. Karang gua tegur mula la tarik muka tekan block/report. Kalau tak tegur makin menjadi jadi pulak perangai. Tapi gua harap sebelum budak budak ni kawen sempat la makbapak diorang bagi sedas dua nasihat.

#kbai

p/s: Kalau dah kena block,susah la gua nak ushar gambar seksi seksi. kahkahkah

10.1.12

Terukir Di Bintang


ini osem!

Illuminati

Illuminati


Illuminati


Illuminati


Illuminati


baru sekarang gua perasan yang selama ni gua diperhatikan illuminati/freemason tiap kali gua main game kat #fb

8.1.12

surat khabar

dah lama jugak gua tak baca suratkhabar arus perdana secara serius. lelaki sejati tidak akan baca muka hadapan dahulu. so biasa biasa tu gua kalau baca dari bahagian sukan ke muka depan. tapi memang biasa biasa gua baca bahagian sukan je, sampai ke depan gua tengok gambar je. kalau bernasib baik dapat la gua tengok gambar makwe/artis seksi.

kbai.

7.1.12

Dinding Fesbuk Itu Najis

Satu hal yang gua nampak sejak kebelakangan ni kat fesbuk, gua perati sorang sorang, makin ramai pulak makwe makwe yang suka luahkan perasaan dekat dinding. Gua pun tak pasti apa tujuan diorang ni. Samada kes pakwe pilih pavilion, disisih keluarga, getah ikat rambut hilang atau dah ke-tua pun takde orang masuk minang. Itu gua tak tahu.

Tapi gua harap sebelum kiamat ni masing masing dah ubah perangai.

Gua nak pergi makan durian.

kbai.

6.1.12

Entri 2012

Anak Bongsu,

Siapa kata jadi anak bongsu best?!

Siapa kata jadi anak bongsu dapat semua baju baru?!

Siapa kata jadi anak bongsu anak manja?!

Siapa kata jadi anak bongsu selalu menang aksi rebut rebut?!

Siapa kata jadi anak bongsu tak reti uruskan hidup sendiri?!

Siapa?! Siapa?!

Dalam banyak banyak hal, gua lebih banyak mengalah. Pergi kedai,pakai baju turun temurun,basuh jamban,kemas kemas,tolong tolong. Pasal apa?! Pasal gua anak bongsu

Satu hal gua konpius, macam mana orang yang gua pertama kali jumpa,pertama kali berborak boleh tahu gua anak bongsu. gua tengok kat cermin takde pun cop bongsu kat dahi gua ke apa kan! kan!

Ok. Umur pun dah tambah satu lagi nombor. Azam tahun ni gua ingat gua nak kawen. kahkahkah

Tapi sebenarnya gua tak pernah ada azam pun. Cuma gua terfikir nak duduk rumah sewa je. Tunggu jelah gua dah keje nanti,tengok apa jadi.

Selamat Tahun Baru!
(walaupun gua rasa tiap tiap tahun semuanya sama,takde yang berubah pun selain umur)