24.12.10

Along dan SOS Top-up

1.22am - calling dari nombor tidak dikenali bertukar menjadi miskol. gua bizi buat kopi kat dapur

disebabkan gua hanya ada SOS top-up,gua mesej ringkas 'siapa?'

ting tong (door bell ringtone)

'aku la mat pahang.ko kat mane?.aku bosan nie kat umah'

gua reply balik - 'aku kat rumah.nak tido dah pun.ko mesej la budak-budak nie'

ting tong (lagi door bell ringtone)

'mintak nombor budak nie'

4.24am - 17minit lagi nak siap proses mendownload movie


***
p/s: SOS top-up ialah proses dimana bila kredit kau dah tinggal RM0.00 dan masa tu kau dah terdesak sangat nak call makwe mak kau tapi kau malas nak pergi kedai topup,pastu kau pun buat la pinjaman dengan along (maxis) sejumlah RM2.00.kenapa gua kata along?.sebab dia akan cas RM0.50 pada setiap transaksi yang berjaya.tapi biasanya memang selalu tak pernah tak berjaya. entah dah berapa banyak dorang sebat RM0.50 gua. menyesal tu kadang-kadang ada jugak tapi kalau dikira kau pergi kedai-topup-naik-motor-minyak-topup-patah-balik,baik kau layan SOS top-up

p/s/s: jarang-jarang waktu tidur gua jam 2.00am

2 comments:

cik ieyra said...

haha. takyah wat SOS TOPUP, der.
suruh makwe share kredit.
bia dia je kena cas lima ploh sen :P

azwan said...

idea kau sangat bernas..cuma masalahnya gua takde makwe..kahkahkah