12.11.10

Kotarayaku

1996,Kuala Lumpur

samad.seorang lelaki yang menjalani kehidupan di kota besar yang penuh dengan hiburan, lakonan, rasuah, seks bebas, politik, sosialisme, dadah, mat rempit dan sebagainya. kehidupan sebegitu menghanyutkan dan melekakan samad. kehidupan di kota yang sibuk membuatkan hidup samad juga perlu berjalan dengan pantas dan lancar.

"bangun pagi,gosok gigi,terus mandi,lalala~~"

selalu saja samad bernyanyi sebegitu di kala matahari belum menjengah pagi. tapi gosok gigi samad berbeza dengan orang lain.samad dengan gaya samad.tidak diendahkan jika bertemu dengan orang ramai dan ditertawakan oleh rakan-rakan.kehidupan di Kuala Lumpur kena pantas.bisik samad apabila mengenangkan semua itu. samad tetap meneruskan gayanya pada setiap hari tanpa memikirkan risiko akan mendatang pada dirinya.sehinggalah samad mendapat tahu bahawa ayahnya akan pencen dan mereka sekeluarga akan berpindah ke rumah baru.samad akur.

kini samad mencurahkan sepenuh hatinya di sebuah negeri di selatan tanah air. Oh! samad hanyalah berumur 10tahun ketika di Kuala Lumpur dan banyak menghabiskan masa di sekolah rendah, sekolah agama dan di rumah. sekali sekala samad mengikuti ibunya membeli belah di Chow Kit Road. jika dapat diundurkan masa lampau,mahu saja samad merajinkan diri menggosok gigi 2kali sehari dengan bersungguh-sungguh agar tidak menyesal sehingga kini. dan mungkin juga gigi samad putih berseri jika tidak disebabkan faktor kemalasan samad menggosok gigi 2kali sehari dengan bersungguh-sungguh. yang sekali tu pun hanyalah difokuskan pada bahagian tepi,tidak di hadapan.

"bangun pagi,gosok gigi,terus mandi,lalala~~"

tidak lagi kedengaran di waktu pagi-pagi samad menggosok gigi.


2 comments: