4.11.10

hari-hari hari sibuk

Exhibition engineering design
Wednesday 03 November 2010


2hari gua tidur tak terurus menguruskan hal-hal duniawi nie.lepak bengkel gegas sampai ke petang memang bukan hobi. projek juta-juta nie tak boleh dibuat main-main.tapi apa cita kalau tengah menukang dia punya menguap kalah orang tak tidur 2hari.

tidur 2jam sebelum exhibiton memang tak tertanggung mata.gua gagahkan diri jugak datang membawa harapan yang tinggi terhadap projek juta-juta gua nie.malam sebelum tu ketua grup yang tak pernah dilantik bagi kata-kata semangat suruh datang jam 7.45pagi sebab nak hias booth.yeah!!.gua pegang kata-kata semangat tu.8.30pagi gua sampai. tangan kasik lincah kemas pape yang patut.main tampal-tampal.main gantung-gantung. nie kalau nampak dek budak-budak sekolah mahu kena gelak je.takde seni langsung.ape kejadah belajar mekanikal disuruh main tampal-tampal.

makan free memang gua minat.lepas makan tengahari gua kasik lincah balik rumah dengan harapan untuk menunaikan solat dengan lebih khusyuk. habis tanggal semua baju seluar kecuali boxer,gua baring sambil ditemani kipas dengan kelajuan 2. apa la sangat lelap mata kejap,pukul 2 bangun gerak ke exhibiton kan. pukul 2.30 gua tersedar.gua bangun capai laptop gua kat luar bilik,jenguk ke bilik sebelah melihatkan rakan segrup nyenyak tidur.projek juta-juta nie tak boleh di anggap remeh.mana boleh main tinggal-tinggal kat tapak exhibiton tanpa pengawasan rapi.gua ambil keputusan drastik.gua masuk bilik gua semula,letakkan laptop pada tempat yang sesuai dengan harga pasaran,dengan hanya dilitupi boxer gua baring sambil ditemani kipas dengan kelajuan 2.

3.30 gua tersedar.baru gua perasan yang gua dah terlambat.habis projek juta-juta gua kalau macam nie.gua kejut rakan segrup sambil lintang pukang cari seluar.belum sempat gua capai baju,rakan serumah grup lain dah pulang ke pangkal jalan.alkisah katanya exhibiton dah habis.tanpa kata sepatah gua tanggal semula seluar panjang sambil digantikan dengan seluar pendek kegemaran. gua baring sambil ditemani kipas dengan kelajuan 2.kali nie betul-betul serius punya gua tidur.takde main-main 1-2jam.

hampir ke maghrib gua terjaga sambil ditemani sakit kepala.damn!

No comments: