16.11.10

cium mulut tepi jalan?.nak kena terajang!!

cuti hampir 2 minggu gua lebih seronok habiskan masa kat rumah.bermanja dengan mak. bergurau senda dengan baby comel.bertepuk terajang dengan kanak-kanak.buat hal je suara gua naik.berebutkan remote control Astro misalnya. dengan kuasa yang ada pada gua,gua rampas remote control dengan ganasnya sambil bersandar pada kerusi ogawa,gua tukar channel berunsurkan keagamaan.

tapi tu cerita siang hari. kebiasaannya memang gua kasik chance dekat kanak-kanak nie conquer 100% remote control+LCD 32inci. siang hari gua agak takde masa untuk berhibur. gua banyak kerja. kadang gua pergi paris, kadang gua kena jumpa Kim Kardashian, ada tu gua meeting dengan Asamoah Gyan macamana nak tingkatkan mutu bola sepak di kalangan budak-budak sekolah. ada-ada masa je gua lepak rumah potong pokok mangga. jadi masa gua berhibur hanya waktu malam saje.

tadi malam dalam pukul 11.32,tengah sedap-sedap gua berborak dengan makwe kat telefon sambil layan muzik-muzik separuh akhir,gua dapat call dari abang gua.baru balik berendut kat Singapore,gua disuruh jemput kat bandar. gua tanpa banyak soal meminta kebenaran kat bapak gua untuk menggunakan kereta. kalau naik motor cuma ada harapan untuk gua bagi alasan takde bumbung je.sejuk-sejuk malam-malam macam nie tak brader-brader la pergi bandar naik motor.

dalam kereta hati gua terdetik."Jb nie memang tak pernah suram walau hari-hari biasa. semua sibuk menguruskan hal duniawi walau sudah lewat malam". gua teruskan perjalanan sambil bernyanyi merdu mengikut alunan lagu kat radio. tiba di bandar,gua call abang gua. teruskan perjalanan pulang, sempat jugak gua mengumpat sedas dua perihal dunia dengan abang gua.

tiba di rumah,gua parking kereta paling solid. gua masuk rumah,campakkan sweater kat tempat asal,dan meneruskan kerja-kerja gua di laptop yang tersedia on dari tadi. up-date status fesbuk yang tak pernah menghampakan untuk gua menambah dosa,layan makwe cium mulut tepi jalan kat Youtube,mengushar blog-blog makwe sweet.selebihnya gua buat hal sendiri.

*****
p/s: sedap jugak bawak kereta baru nie.

2 comments:

zuzairi said...

cite hangat....

azwan said...

tersebar seantero nusantara