30.11.10

bila MLM menguasai dunia

rumah banglo bertingkat 5 di hiasi pokok anggur di halaman menceriakan keadaan banglo Razak. di banglo yang serba mewah dengan kolam renang bersaiz olimpik serta padang bola ala Old Trafford hanyalah didiami Razak dan isteri beliau yang iras-iras model antarabangsa selain beberapa orang gaji mereka yang setia menjalankan tugas masing-masing. kehidupan Razak dan isteri sangat bahagia.

tetapi suatu habit bagi isterinya ialah isterinya kuat merajuk. dan tiap kali isteri Razak merajuk tiap kali itulah Razak menghadiahkan kereta mewah demi memujuk hati isterinya. Lamborghini Gallardo, Bentley, Roll Royce Phantom, Aston Martin tidak terkira banyaknya. jika di kira dalam setahun, Razak menghabiskan masa untuk membeli kereta untuk isteri tersayang sebanyak 12kali. dan tidak mustahil-lah kalau garaj kereta Razak setinggi 3tingkat bangunan mengikut saiz kebiasaan parking shopping complex terpaksa ditambah 2tingkat lagi demi memuatkan kereta-kereta isterinya. tetapi pada kebiasaannya isterinya akan menggunakan Proton Saga untuk bersiar-siar mahupun bershopping,kereta yang menjadi saksi percintaan mereka dan menjadi kereta rasmi sebagai pengangkutan semasa perkahwinan mereka. jadi kereta serba mewah Razak banyak digunakan oleh orang gaji beliau. menghantar anak ke taska misalnya.

untuk ke pasar, isteri Razak lebih gemar untuk pergi sendiri ditemani tukang masak tersohor mereka. dengan menaiki Hummer H2 mereka, isteri Razak lebih selesa menunggu di dalam Hummer H2 sambil menonton rancangan Wonder Pets! sambil tukang masak tersohor meredah pasar basah seorang diri. lain pula jika Razak yang pergi ke pasar. ditemani tukang kebun bertaraf antarabangsa,Pak Samad,mereka akan menaiki Proton Inspira bersaiz limosin. sesampai di pasar, Razak tidak suka menonton Wonder Pets! seperti isterinya. jadi Razak akan menunggu di kedai makan berhampiran sambil mengushar makwe-makwe yang lalu lalang sementara Pak Samad meredah pasar basah seorang diri.

pejabat Razak hanyalah dirumah. pejabat sebesar kedai snooker di lengkapi dengan cctv, TV LED 78inci, komputer riba dan beberapa alatan termoden masa kini. TV LED 78inci Razak dilengkapi dengan webcam dan mikrofon. kebiasaannya Razak hanya menggunakan yahoo messenger di komputer riba Toshiba tahun 2003 beliau untuk sesi berborak kosong bersama Bill Gates, Datuk Tony Fernandes, Warren Buffet dan beberapa tokoh ternama yang lain. kadang kala Razak berwebcam dengan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk meminta sebarang nasihat berkaitan agama. jadi  TV LED 78inci Razak hanya berfungsi apabila perlawanan berkaitan Manchester United berlangsung. Razak tidak menggunakan Astro disebabkan kegagalan Astro menghalang kehilangan siaran semasa hujan. jadi tidak hairan la jika di laman belakang rumah Razak bersepah dengan parabola.

oh! Razak adalah pengasas Multi-Level Marketing tersohor didunia. barangan yang didagangkan adalah gelang magnet untuk kesihatan.

*****bersambung....