5.11.10

Angker

05 Nov 2010,

siang hari,gua berseronok main guli dengan kawan-kawan sepermainan.main tembak-tembak. sekali gua nak tembak, boleh ada mug pulak dalam bulatan tengah. macam harem sapa yang letak. gua main ada la dalam 3jam gitu mengikut kiraan matahari condong bawak ke pacak tegak atas kepala. sekali gua tembak boleh terkuat pulak. sampai ke pokok yang namanya pun gua tak tau. gua berlari anak menghala ke bawah pokok. sekali tu gua terjumpa entah menatang ape pun gua tak tau. gua panggil kawan-kawan sepermainan menunjukkan menatang yang bukan binatang sebenarnya. rupa bentuk seakan makhluk asing punya alat. sekali gua pegang, tiba-tiba menatang yang bukan binatang sebenarnya tu berpusing sendiri menunjukkan ke arah sebuah rumah usang yang agak berusia berbanding gua yang masih sweet 20 nie. rumah rare, gothic, angker gua tuju bersama kawan-kawan sepermainan. seram,ngeri gua tolak tepi. sesampai depan pintu,gua cuba pulas tombolnya. sarang labah-labah menambahkan keadaan angker rumah usang tu. dekat 20kali gua cuba bukak pintu tapi masih menemui jalan buntu.gua ambil keputusan untuk merempuh saja pintunya. dengan fizikal gua yang halus nie, dapat sakit badan je gua rempuh. ape punya kayu la dia guna. tiba-tiba gua terperasan ada sesuatu keluar dari rumah tu dengan pantas."HANTU!!'..jerit kawan-kawan sepermainan.gua dengan tanpa berfikir banyak terus pulang ke rumah.

tiba dirumah gua dikejutkan dengan keadaan yang gua sendiri tak sangka.bapak gua mengamalkan ajaran sesat.siap ada kitab lagi.gua dah geleng kepala.gua syak nie ada kaitan dengan hantu yang keluar dari rumah usang tadi.mesti hantu tadi dah ajar bapak gua yang bukan-bukan.gua tengok mak gua pun dah terlibat sama. bapak gua mengusulkan kat gua untuk mengikut ajaran tu.sekali gua tengok kitab dia memang gua geleng kepala.sesat!.nie semua sesat!.gua bawak diri ke bilik.gua termenung memikirkan kejadian yang menimpa gua hari nie.lama-lama gua fikir,terdetik kat hati ada betul jugak ajaran bapak gua tu.gua belek semula kitab bapak gua tu.gua baca satu persatu. perkara positif timbul di hati gua terhadap kitab nie.

sedang gua leka belek kitab nie,gua dikejutkan dengan suatu suara.gua tersentak!

"wan.wan..bangun semayang jumaat"

gua angkat kepala mengiakan kata-kata kawan serumah gua.

petang tu gua kasik lincah gerak naik motor balik JB. gua sambung tidur sampai jam 7 tak banyak cita.

2 comments:

zuzairi said...

tu le....tido x bsuh kaki...

ka33333

azWan said...

gua basuh semua kot..kahkahkah