6.7.10

Keterujaan

julai 2007,

makwe(kawan biasa) dari kuala lumpur melakukan lawatan mengejut ke tempat tinggal gua.tapi gua tak terkejut pun sebenarnya.tujuan sebenar makwe(kawan biasa) tu hanyalah untuk melepak kat rumah kawan makwe(kawan biasa) tu.dan juga jumpa gua.suatu hari yang gua pun tak ingat hari apa,makwe(kawan biasa) ni pergi kompleks membeli belah kurang terkenal berseorangan.gua,seorang yang prihatin dan penyayang telah menawarkan diri untuk menemani sambil pusing pusing ke tempat menarik.actually johor bahru takde pun tempat menarik(bagi gua la).BMW 5series abang gua menjadi pengangkutan rasmi.

tempat pertama yang gua dengan makwe(kawan biasa) tuju adalah Plaza Angsana(PA).macam biasa tempat ni penuh dengan kanak kanak yang baru nak naik dan juga boleh dianggap sebagai Jakarta.lambakkan pelancong asing yang menjadikan PA sebagai port berkumpul sesama warga negara menyemakkan mata memandang.gua dan makwe(kawan biasa) mengambil keputusan untuk beredar ke tempat lain.BMW 5series yang diletakkan di parking berbumbung dituju dengan pantas.gua dengan lagak macho, kaki sebelah kanan kat luar sambil menstart BMW 5series.agak dah panas enjin BMW 5series meluncur pantas keluar dari PA.

tempat yang dituju adalah The Zon.tempat paling menarik kalau lu nak berklabing.menarik ke?.gua pun tak pernah masuk lagi.masuk parking tanpa berbumbung je kena sampai RM5.gila mahal.bila masa gua nak turun,gua raba raba lantai BMW 5series untuk cari selipar gua.sebelah kiri berjaya gua sarung.belah kanan gua tak jumpa.pelik.(oh,dulu gua drive memang kaki ayam je).tak syak lagi ada toyol dalam BMW 5series abang gua.menyumpah gua masa tu.tak semena mena gua suruh makwe(kawan biasa) usha bonet kalau kalau ada kasut abang gua.ok ada,kasut sarung.melecet kaki gua pakai.kat The Zon makwe(kawan biasa) hanya membeli coklat sebagai cenderahati untuk keluarga.dan untuk gua.(kalau lu nak bagi coklat,gua nak cadbury).

lepas tu makwe(kawan biasa) memberi cadangan untuk pergi ke PA semula untuk melihat samada selipar gua tercicir kat sana.gua setuju.masuk ke PA,gua terus tuju kat tempat parking tadi.

*****
selipar makan tuan.cilakak!.

*keterujaan membawa padah.moral of the story "jangan memandu dengan berkaki ayam"
gua dah mahir drive sambil pakai kasut

5 comments:

Amalina Ali said...

wan menyol...!!

iced_mocha^^ said...

urm.. teruje smpai ilang selipar.. i wonder who she is...

mokhaz said...

amalina,selipar banyak berjasa tu..tanpanya tak dapat aku pengalaman indah tu..kehkehkeh..

iced mocha..lucky she is not u..i wonder what will happen if makwe is u.. ^_^

iced_mocha^^ said...

ohoho.. i wonder wut will happened 2..

mokhaz said...

maybe macam macam benda tertinggal..kehkehkeh