7.7.10

kenduri kawen

pergi kenduri kawen walaupun jiran sebelah memang gua tak berkenan.hujung minggu ni kenduri kawen sedara abah gua memang awal awal gua dah rejek.alasan nak balik rumah sewa macam susah nak menyakinkan mak gua.

tahun 2008,bulan mengambang,2orang makwe kolumpo(kawan biasa) datang ke Jb semata mata untuk menghadirkan diri ke kenduri kawen abang kawan dorang merangkap kawan gua juga.gua awal awal dah kata gua hanya mampu hantar je,jangan harap gua nak teman.BMW 5series abang gua menjadi pengangkutan rasmi.untuk kelihatan lebih maskulin,spek hitam abang gua menjadi peneman.

janji gua memang tepati.gua hanya hantar dorang depan rumah kawan gua tu je.pastu gua balik.sampai la makwe kolumpo call gua kata dah beres.oh ya.dorang datang bertiga tapi sorang ni ada kerja lain.so terpaksa la gua bawa jalan jalan sementara menunggu kawan dorang tu mensetelkan kerja.

sampai tiba masa,makwe kolumpo kata nak salin baju dan tempat yang gua rasa sesuai adalah pusat beli belah terkemuka berdekatan rumah gua.tibanya di tempat kejadian,hati gua rasa tak sedap.parking berbumbung dituju.dengan penuh yakin dan konfiden gua luahkan perasaan gua kat makwe kolumpo.

"eh,jusco takde karan la"..luah gua

"mana ada.terang je tu.orang makan kat piza pun selamba badak je"..makwe kolumpo membangkang.

"betul la,jusco takde karan ni.gelap semacam je"..gua tetap dengan pendirian.

"lu rabun ke apa"..sedas kritikan terkena kat gua

lepas hantar makwe kolumpo betul betul depan pintu masuk,gua terus gerak sementara menunggu makwe kolumpo salin pakaian.

*****

gua cabut spek abang gua terus simpan ke tempat asal.sempat juga gua maki spek tu.

*gua susah nak ingat tarikh peristiwa yang gua rasa tak perlu gua nak ingat

4 comments:

Cik Mary said...

munguks!

mokhaz said...

a'ah..bongok punya spek!

Amalina Ali said...

sengal la ko wan!

mokhaz said...

salah spek tu la..betul betul sengal punya spek..