27.8.11

Makan Jari

Malam yang lepas-lepas, aku tertengok tv pasal rancangan islamik-islamik gayanya. Tapi faktor peningkatan usia buat aku lupa nak menghafal tajuk rancangan

Ini berkaitan dengan perbuatan selepas makan. Apa yang diperkatakan ialah:

1. Selepas selesai makan, jangan terus membasuh tangan
2. Jilat jari satu persatu mulakan dengan jari hantu, ke jari telunjuk, ibu jari (bukan jari ibu) seterusnya ke jari kelingking dan jari manis
3. Maksud jilat di sini ialah masukkan jari ke dalam mulut. Kalau tak dapat bayangkan macam mana gayanya, datang jumpa aku, bawak sekali mekdi or kayefci or pizza hat. Domino's pun boleh
4. Dikatakan salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW
5. Dikatakan juga terdapat enzim-enzim pada jemari kita yang boleh mencernakan makanan dalam perut
6. Mungkin salah satu faktor makanan dalam perut tak sempat nak jadi lemak
7. Juga mungkin menjadi faktor ketidakgemukkan macam aku. kehkehkeh
8. Dan seingat yang aku pernah baca dulu, ia jugak melancarkan perjalanan darah pada jari jemari kita
9. Aku memang buat menda nie walaupun makan karipap



Tapi pastikan makan guna jari. Kalau makan guna sudu, pastu kau jilat jari, tu namanya pengotor, jijik kau. Dan pastikan jugak jari yang kau jilat tu adalah jari tangan, bukan kaki.


1 comment:

Amalina Ali said...

bagus sebab ikut sunah Nabi.