5.1.11

masih mood tahun baru

lima hari tahun baru

gua mulakan tahun baru dengan gaya rambut tahun baru
rambut tahun lama



rambut tahun baru
gua mulakan sesi persekolahan kat Parit Raja nie dah nak masuk 2 hari. malam tadi tekak baru terasa makan orang-orang bujang tapi gua rasa macam dah dekat 5 tahun tak balik JB. sebab apa?. sebab gua dah tak tahu nak order makan apa kat parit raja nie. goreng-goreng, rebus-rebus, masak tiga empat rasa, tomyam kaki itik, sup ajinomoto, semua dah naik muak. mekdi?. tahun baru nie belum ada yang nak belanja gua. pizza hut,kfc pun sama.

hari pertama persekolahan macam biasa. cikgu-cikgu tengah sibuk meeting la, hantar anak masuk darjah 1 la, tayar kereta kena rembat la, lagi sedap cikgu malas nak masuk kelas. jadinya hari pertama masih dianggap cuti tahun baru. selasa baru gua balik parit raja. pepagi lagi gua dah siap-siap. siap ala kadar tapi masih mengekalkan stail lama. semangat nak balik takde. itu yang sebenarnya.

gua sampai dalam jam 10.00am, jam 11.00am terus ke kelas. kelas cuma sejam walau dalam jadual tiga jam. biasa la tu. kononnya mukadimah. tapi apa kejadah mukadimah kalau minggu depan dah kena hantar esaimen. gua tak puas hati, gua balik terus. gua nak bantai coklat takde,jadi gua bantai tidur.

lepas makan malam, gua online ala kadar. dalam tiga empat jam jugak gua bazir masa. layan movie sejam lebih, pukul 3.45am gerak ke mamak layan menyu pulak. serius megi goreng dia macam celaka. tambah pulak air paip kosong. memang pergi. cuma gua tak sempat nak rakam video je. kalau tak memang gua dah upload kat fesbuk. pukul 6.00am balik tidur. sempat la jugak gua kunci jam penggera henfon. mata gua perlukan rehat untuk berjuang jam 9.00am nanti

8.30am henfon gua kasik bunyi shuffle. gua rileks dulu. nak masuk seminit je tangan gua terus shuffle butang turn off. gua sambung balik dating dengan Ayu. tak lama gua dating, pengawal keselamatan rumah gua kejut. gua bukak mata tengok jam.

"dah pukul 9 mana sempat nak pergi. kau tolong tuliskan nama aku tau" jawab gua ringkas tapi padat dengan maklumat sebelum menyambung dating dengan Ayu

ok. mata gua mintak dating dengan Ayu.

p/s : walaupun tahun baru, gua tetap masih mengekalkan gaya lama walaupun pada keadaan sekeliling yang berlainan
p/s/s : lepas nie gua nak dating dengan Juliana Evans pulak

7 comments:

aizatjohar said...

ayu kah ayu??

SuryaRahman said...

kau punya rambut tahun baru boleh buat aku ketawa seminggu.

Sharifah Aniza Ali said...

xbley blah ah rambut lu..

azWan said...

kahkahkah

ahya lidi said...

assalamualaikum...
hoi!kate mau botak!!
botak haluussss~

azWan said...

aje gila aku nak botak..kehkehkeh

Amalina Ali said...

botak la wan baru ramai awek...
hahaa..