2.1.11

cerita serba satu

hari tahun baru gua bangun agak awal. memang hilang akal sebab tengok cerita Magika lewat pagi sampai bawak ke mimpi Ayu yang memang ayu. usai mandi,henpon tertera miskol nombor tidak dikenali. tak banyak cita gua kasik mesej paling ringkas. 'siapa?'.senyap membisu. nombor KL kalau tak makwe, mesti awek pilih KLCC dowh.

tak lama lepas tu satu lagi nombor tak dikenali masuk. kali nie masih nombor KL. gua angkat takde gaya mesra. loghat utara menusuk ke telinga kiri. lambat jugak gua nak proses maksud ayat penelefon. then jeng jeng jeng (suspens tak?.ok tak suspens langsung). jiran lama gua masa duduk KL merangkap mak kawan gua duduk depan rumah. tak banyak bunyi gua pass henpon kat mak gua. borak orang-orang tua nie bukan reti sangat gua nak melayan. 

usai pass henpon, gua keluar cari suratkhabar sambil  ke bengkel motor kawan gua mengecas bateri motor. balik rumah gua mesej nombor tadi mintak akaun fesbuk kawan gua buat tambah ramai kawan. 14 tahun tak jumpa, kawan gua yang dulunya bulat,tapi gambar profil kurus pipi entah apa dia buat.

tapi sebenarnya gua saja je mintak akaun fesbuk kawan gua nie. takde pun mengada-ngada gedik nak buat jejak kasih ke apa. gua cuma nak meng'add' adik dia entah sapa nama,nurul ke apa gua pun lupa sama makwe sebelah rumah gua dengan makwe sebelah rumah kawan gua nie. tapi masalahnya kalau nak tegur apa gua nak panggil?. satu haram gua tak ingat nama masing-masing. 

menunggukan 'approve' tak kunjung tiba, baik gua pergi mimpi Ayu lagi.



Sabtu/10.30 am/01.01.2011

2 comments:

dayangredzuan said...

awek klcc tu yg u harap kan..
hancur dunia..
mimpi ayu lagi bagus kot..haha

azwan said...

dats y i biarkan jadi miskol..kalau ayu,memang dah lama i tinggalkan mandi tu..haha