30.1.11

dari parit raja ke bandar

hujan.

ya sekarang musim hujan.baru balik dari Batu Pahat jumaat kelmarin dah kedengaran Parit Raja dinaiki air.jangan banjir sudah.gua cuti lama-lama nak jadi apa nanti.

balik ke JB gua tumpang kawan. dalam perjalanan pun memang kejap-kejap hujan. mujur sampai JB tak hujan,terus menghala ke Jusco Tebrau City sebab kawan nak cari kasut untuk anak buah kawan.anak buah gua?.duit raya pun gua tak mampu nak bagi.lepas tu gua dan kawan cari kedai makan yang paling eksotik. kat Jusco Tebrau memang tak menepati citarasa kitorang. so gua bagi cadangan untuk ke tempat lain.

halatuju ke Malay Village mengambil masa dalam 20minit (agak gua jela). nie memang 1st time gua dan kawan datang. jadi orang JB tak pernah pergi tempat-tempat eksotik macam nie memang tak JB langsung. sampai je gua dan kawan cari tempat paling strategik. tengok menu memang boleh buat gua meleleh. gua order strawberry smoothie dengan Malay Village fish and chip. kawan pulak order soursop juice dengan chicken chop black pepper.

tak lama lepas tu,air pun sampai. tapi yang gua heran tu apa kejadah strawberry kaler putih lak?.mentang-mentang gua pakai baju kaler merah jambu,makwe yang ambil order pun entah apa yang dia pandang. kesudahannya gua layan jugak soursop smoothie sampai habis. sampai pulak makanan,dia punya presentation memang tiptop.kena la dengan nama tempat. tapi masalahnya gua punya fish and chip agak kureng rasa,kawan pulak dia punya kuah black pepper agak spoilkan selera.kesudahnya makanan gua dengan kawan habis jugak. 

ok.total untuk semua dalam RM40.60. lepas nie memang gua pendam la. genggam bara api biar sampai jadi abu. memang gua return balik suatu hari nanti. ada 2-3 menu gua dah aim.lu tunggu! lu tunggu!

4 comments:

aizatjohar said...

hok kedai mana tu kering??

Amalina Ali said...

kampung melayu pe?

ahya lidi said...

tercapai jugak hajat ko mkn kat Malay Village he...haha...

Amalina Ali said...

nanti boleh belanja aku kat Malay Village pulak ye wan.