28.12.10

tanah tumpahnya darahku

bola,bola,bola..semua bercerita pasal bola..dari tivi bawak ke kedai kopi..dari perempuan bawak ke lelaki..dari pancaran laser bawak ke perang siber..



"Arsenal main tak macam Manchester United,tapi Arsenal menang macam Manchester United"



"bukan 1,bukan 2 tapi 3gol.tahniah Malaysia" - AFF Suzuki Cup 2010



"bukan 1,bukan 2 tapi 3gol.tahniah Arsenal" - BPL 28/disember 2010/2011



*****
agaknya kalau Indonesia naturalisasi Drogba,mungkin mereka boleh dapat sebijik dari sepakan percuma


kah kah kah



27.12.10

Malaysia bukan Manchester United

kita tukar safiq rahim kepada Anshari Shamsuddin

tetap klasemen walau kurang 2 perlawanan. apa ada hal


macam berbatov, score nak kena 2 gol
brader nie boleh pergi jauh,main dengan kelab terkuat di dunia misalnya. inai merah dijari?.apa ada hal

24.12.10

Along dan SOS Top-up

1.22am - calling dari nombor tidak dikenali bertukar menjadi miskol. gua bizi buat kopi kat dapur

disebabkan gua hanya ada SOS top-up,gua mesej ringkas 'siapa?'

ting tong (door bell ringtone)

'aku la mat pahang.ko kat mane?.aku bosan nie kat umah'

gua reply balik - 'aku kat rumah.nak tido dah pun.ko mesej la budak-budak nie'

ting tong (lagi door bell ringtone)

'mintak nombor budak nie'

4.24am - 17minit lagi nak siap proses mendownload movie


***
p/s: SOS top-up ialah proses dimana bila kredit kau dah tinggal RM0.00 dan masa tu kau dah terdesak sangat nak call makwe mak kau tapi kau malas nak pergi kedai topup,pastu kau pun buat la pinjaman dengan along (maxis) sejumlah RM2.00.kenapa gua kata along?.sebab dia akan cas RM0.50 pada setiap transaksi yang berjaya.tapi biasanya memang selalu tak pernah tak berjaya. entah dah berapa banyak dorang sebat RM0.50 gua. menyesal tu kadang-kadang ada jugak tapi kalau dikira kau pergi kedai-topup-naik-motor-minyak-topup-patah-balik,baik kau layan SOS top-up

p/s/s: jarang-jarang waktu tidur gua jam 2.00am

23.12.10

i'm good,i'm ok

entri nie adalah entri serius gila ba


semakin ramai umat manusia,melayu khususnya yang gua nampak berdoa kat laman so-sial fesbuk. bagi gua memang la tak salah buat perkara baik macam tu. tapi mungkin mereka lupa atau tak tahu atau tak mengambil tahu yang create fesbuk nie adalah seorang yahudi yang dikategorikan sebagai salah seorang penderma berbilion dollar dan penyokong tegar kepada tindakan rejim zionis laknatullah terhadap Palestin. jadi maksudnya creator seorang yang anti-islam atau dalam konteks kenegaraan dorang,penentang keganasan.wadehel?!..seterusnya doa-doa korang hanya jadi bahan lawak si yahudi nie jela jawabnya.tu pun kalau dorang paham bahasa melayu.google translate?.apa ada hal.



***check this out energetic+crazy Arabyrd featuring Tenderfist



18.12.10

bersuami isteri

Fendi dan Mona adalah sepasang suami isteri yang baru saja melangsungkan perkahwinan seminggu yang lalu. dan mereka masih dalam mood berbulan madu walaupun hanya di rumah baru mereka. kesibukkan kerja masing-masing membataskan segala perancangan berbulan madu di Nicaragua. kebiasaan manisnya berumahtangga semestinya si suami mempunyai sifat ah-tengah-sedap-halal-lagi-malam-malam-'sebat'-apa-ada-hal. suatu malam yang esoknya-kena-bangun-pepagi-buta-kena-kerja Fendi meluahkan hasratnya. dan semestinya panggilan papa mama sangat sinonim semasa mood berbulan madu masih lagi segar

Fendi : mama,jom main
Mona : ala mama penat la. esok kena bangun pagi-pagi ada meeting dengan klien
Fendi : ala sekejap je. bosan nie
Mona : weekend kan ada. boleh main puas-puas
Fendi : tapi papa nak malam nie. dosa tau tolak kehendak suami
Mona : ha yela yela.sekejap je tau
Fendi : (senyum)

10minit berlalu

Mona : papa,slow sikit la
Fendi : ............
Mona : papa,papa jahat
Fendi : ............
Mona : ala taknak la main lagi. papa jahat
Fendi : salah mama la kan
Mona : apesal pulak?
Fendi : yela dah papa ambik Bugatti Veyron, yang mama ambik Proton Inspira kenapa?.

dengan serta merta cd Need For Speed Underground 2 yang baru dibeli kelmarin dicampak keluar dari X-box 360 yang baru dibeli kelmarin dan hinggap ke dinding dapur sebelum Gitar Hero kegemaran Mona yang baru dibeli kelmarin mengambil alih tempat NFSU2.