8.10.11

Dialog Jumaat

Husen: Dekat JB nie ko tau tak tempat makan sedap-sedap?

Muhalim: Entah la ek. Lidah aku nie susah sikit kalau bab-bab makan. Yang aku tau menda tu boleh kenyangkan perut jela. Tapi kalau ko nak makan ciken cop, ce try kat hutan bandar. Murah situ, sedap pun sedap

Husen: Aku penah pergi situ dengan anak bini aku. Aku datang awal. Time tu tak ramai lagi. Kedai pun macam baru nak kemas-kemas, susun-susun.

Muhalim: Situ banyak kali gak keluar paper, majalah. femes dah. Owner dia dulu keje chef. So semua tu dia buat sendiri la. Kuah, daging apa semua. Sebab tu murah

Husen: Haah la. Aku tengok kuah dia pekat. Masa tu anak aku makan ciken cop, bini aku pulak order mee goreng.

Muhalim: Tapi situ dia punya ciken cop tak macam dulu, besar-besar. Aku pergi last tu tengok ciken dia dah kecik-kecik. Tapi puas la. Harga pun murah

Husen: Aku pergi tu tak lama tu baru ramai orang. Pastu siap ada yang sanggup berdiri sebab tak cukup tempat,meja. pastu aku tengok chicken chop dah beratur banyak2 kat atas meja dorang. aku tengok dah banyak macam tu, aku order lain.

Muhalim: Ko order apa?

Husen: Tu la. Aku pergi situ, aku makan nasi goreng kampung je

Muhalim: Kah kah kah! Dekat Taman U pun ada nasi goreng kampung. Kah kah kah!



p/s: menu makan malam semalam dengan abang dan kak ipar. lokasi ofcoz la Hutan Bandar

2 comments:

dayangredzuan said...

kakak nk chicken chop

azWan said...

Kakak,meh datang jb..makan ciken cop rm5 je :-)