5.10.11

Diktator dan budak suruhan

Daripada aku jadi juruteknik dedulu sampai jadi budak suruhan (praktikal) sekarang, aku lebih selesa bergaul dengan orang bawah-bawah berbanding dengan orang atas-atas. Bergurau, bercerita, bertumbuk tulang rusuk, semua boleh masuk. Orang atas-atas kebanyakkannya bergaul dengan orang atas-atas jugak. Jumpa orang bawah-bawah mula la tunjuk perangai diktator masing-masing.

Dalam pada berpraktikal tu, ada sorang india orang bawah-bawah nama Kumar. Aku kalau lepak borak dengan dia, boleh tahan tak ke jamban, tahan berak. Sekali borak macam celaka punya nak bahan. 

Ada sehari tu entah macam mana si Kumar nie boleh bercerita sedih pulak dengan aku. Pasal keluarga dia, bini dia, anak-anak dia. Aku cuma mampu sengih tanda simpati. Tapi ada hari bila aku pun tak ingat dah, dia punya cakap buat aku naik hangin sampai aku tumbuk tulang keting dia guna pemadam api

Punya la marah aku masa tu. Boleh dia cakap "Eh muka lu macam pelakon melayu tu la, yang berlakon cita macam itu 1 Malaysia jugak, kat estet, ada nyanyi-nyanyi"

Sejak hari tu si Kumar nie buat-buat sibuk bila aku lalu. Toleh pun tak berani

No comments: