4.9.11

Dari Johor Bahru ke Jengka 6

Jam 5.15 pagi terjaga
Bersiap subuh sebelum di jemput 
Jam 7.00 pagi perjalanan dimulakan
Dari Johor Bahru ke Jengka 6
Singgah sebentar di Temerloh
Jalan mencari orang Kuala Lumpur
Dugaan mula melanda 
Perjalanan diteruskan
Sesat pula di Jerantut
Panggilan di buat
Menunggu dengan kesabaran 
Perut sebu, mata layu 
Insan di tunggu tiba dalam terik
Perjanjian jam 1.00 menjadi 4.00 petang
Hajat suci diteruskan jua
Perjalanan mengambil masa berjam lamanya
Majlis tidak pula berjam jadinya
Pergerakkan ke Johor Bahru diteruskan
Keletihan mata dan badan terpaksa di tangguh
Pemanduan malam begitu mencabar
Dari Jengka ke Kuantan
Menanti Pekan sebelum ke Endau-Rompin
Tiba pula di Mersing
Perjalanan tidak berhenti rehat
Kota Tinggi dilepasi
Singgah pula Ulu Tiram mengisi minyak
Meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Senai-Desaru
Makwe tol manis, Senai pula dituruni 
Tiba pula Taman Universiti jam 12.00 malam
Isian perut di Restoran Agus
Sebelum pulang ke rumah
Diri dibersih, mata dilelap
Tetapi letih masih lagi terasa hingga kini

p/s : Tahniah buat Chot dan Rozita atas talian pertunangan
p/s : Pemanduan aku dari Temerloh ke Ulu Tiram sangat mencabar fizikal dan mental
p/s : Sehingga kini duit raya aku mencecah RM153 kehkehkeh



2 comments:

dayangredzuan said...

selamat hari raya pakcik...

azWan said...

selamat hari raya jugak kakak :D