29.3.12

Awkward

Saat yang menjengkelkan bilamana budak perempuan umur 12tahun dah pandai menilai hensem/tak hensem abang umur 26tahun.

Apa yang gua boleh cakap ialah gua simpati dengan budak-budak zaman sekarang.

Tak kenal apa itu batu seremban (budak perempuan dulu-dulu ada saka,power betul main), tengteng, baling selipo, konda-kondi batang ubi kayu, bola cop (berbirat oii), main gasing sampai pecah simen rumah, bola roundest, polis sentri wantujaga polis mati pencuri jaga, tepuk kad (bodoh punya game,buat sakit tangan je), saidina, bola kertas, main guli (asal tembak tak kena,dicop tangan pengkor), pistol kayu peluru ceri, main ceper (struggle cari tutup ceper kat sekolah), cop tiang, nenek si bongkok tiga, zero point (lagi baik tak main,malu oi kalah dengan budak perempuan), main pondok-pondok,

Main kawen-kawen je gua tak penah main.

kahkahkah!!

Sorry dik. Abang tak bangga langsung. Lain la kalau adik rekemenkan abang kat kakak adik yang lawa. Tak lawa abang taknak.

kehkehkeh.

bintang kecil :
Gua dulu-dulu miskin. Sebab tu main game yang kos rendah-rendah je. Tapi sekarang gua miskin jugak.

2 comments:

Amalina Ali said...

patut la rasa bangga bilamana dipuji oleh kanak-kanak berusia 12 thn kerana di mata mereka kau la yang paling hensemmmm. kononnya. HAHA.

*mainan yg mcm ko main dulu-dulu tu dah pupus. PSP, IPAD, IPHONE, FB adalah mainan zaman sekarang.

azWan said...

umur 12tahun aku tak tahu pun apa makna hensem,cantik,comel.

sebab tu zaman aku takde kes lari dari rumah.