22.10.11

kawen dua

Suami:Ayang,abang nak kahwin lain boleh?
Isteri: Boleh,tapi dengan syarat abang belajar grammar english dulu
Suami:Errr..aaa..ok ok
Isteri:Satu tu singular, dua atau lebih tu plural kan?
Suami: Errr..aaa..betul
Isteri: One car is singular and two cars is plural. Ok apa bezanya?
Suami: Ohh..cuma tambah s je kan kat plural tu?
Isteri: Betul tu.. Sama jugak la untuk abang
Suami: Erkk.. Macam mana boleh sama?
Isteri: Satu isteri abang MAMPU. Jika dua isteri dah jadi plural, so abang MAMPUS. Tambah s je kan
Suami: aaa~~ *_*

16.10.11

Hari Keluarga

Majlis : Sambutan Hari Keluarga Susur Galur Hambali 2011
Tempat : Kampung Parit Pali, Muar
Tarikh : 17 September 2011
Kehadiran : 160++


Mak dan anak mak
Abah dan anak abah


Majlis dimulakan dengan tahlil

Sesi tahlil lagi
14orang adik beradik mak daripada 16 (2 orang meninggal dunia)
Bersama pasangan masing masing
"Yeay! Saya menang kotak cantik" 
Uncle and Aunty peberet merangkap tuan rumah.
Keluarga Cik Anik (Izzati study kat Mesir)
Mak Esah, anak, menantu dan cucu
Kerabat Pak Ngah dan hamper
Cik Leman sekeluarga
Pepagi lagi dah pasang 'bendera'
Keluarga Cik Kam dan bakal menantu

Main belon kat kaki
Joget poco poco sambil pijak belon
Pengacara majlis Abang Kim
Abang buncit dan isteri
Amira dan ayah
Sesi jalan mengundur
Dan pemenangnya adalah


Kutip buah duku dengan rambutan pepagi
Keluarga Cik Satim yang ramai gilos
Keluarga Wak Nur,Cik Nah dan anak tumpang
Spot me
Mencari sedara tak dikenali
Makan makan
Keluarga BESARRR
Makan makan lagi
Amira dan ayah lagi
Dan lagi 
Abang buncit dan adik
Abang buncit dan isteri
Wak Nur dan Cik Nah lagi tanpa anak sulung,menantu,cucu dan anak ke-3
Amira dan ayah lagi dan lagi
Lagi lagi makan
Giliran Cik Nah pulak bagi hadiah
OK! Habis
***
p/s : Aku keturunan ke-3 dalam susur galur Hambali
p/s/s : Gambar tidak mengikut turutan majlis 
p/s/s/s : Gambar banyak gilos, so yang selebihnya elok la disimpan dalam peti besi
p/s/s/s/s : Kehadiran tak 100%

12.10.11

MELAYU JOHOR


MELAYU JOHOR

Melayu Johor
Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Tebrau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor,
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
malah Muallaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana
“Jika menipu pun bersopan”
Kurang ajarnya tetap bersantun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan dikira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
“Lembutnya cukup jantan”
Setia sampai ke kubur
Biar mati adat jangan mati sahabat.

Anak Johor,
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan, ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati
Maaf senantiasa bersahut
Tangan dihulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah perdamaian
Sifat terpuji setiap insan.

Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat
Berikhtiar dengan tabah
Kepada Allah berserah.

USMAN AWANG
1988

8.10.11

Dialog Jumaat

Husen: Dekat JB nie ko tau tak tempat makan sedap-sedap?

Muhalim: Entah la ek. Lidah aku nie susah sikit kalau bab-bab makan. Yang aku tau menda tu boleh kenyangkan perut jela. Tapi kalau ko nak makan ciken cop, ce try kat hutan bandar. Murah situ, sedap pun sedap

Husen: Aku penah pergi situ dengan anak bini aku. Aku datang awal. Time tu tak ramai lagi. Kedai pun macam baru nak kemas-kemas, susun-susun.

Muhalim: Situ banyak kali gak keluar paper, majalah. femes dah. Owner dia dulu keje chef. So semua tu dia buat sendiri la. Kuah, daging apa semua. Sebab tu murah

Husen: Haah la. Aku tengok kuah dia pekat. Masa tu anak aku makan ciken cop, bini aku pulak order mee goreng.

Muhalim: Tapi situ dia punya ciken cop tak macam dulu, besar-besar. Aku pergi last tu tengok ciken dia dah kecik-kecik. Tapi puas la. Harga pun murah

Husen: Aku pergi tu tak lama tu baru ramai orang. Pastu siap ada yang sanggup berdiri sebab tak cukup tempat,meja. pastu aku tengok chicken chop dah beratur banyak2 kat atas meja dorang. aku tengok dah banyak macam tu, aku order lain.

Muhalim: Ko order apa?

Husen: Tu la. Aku pergi situ, aku makan nasi goreng kampung je

Muhalim: Kah kah kah! Dekat Taman U pun ada nasi goreng kampung. Kah kah kah!



p/s: menu makan malam semalam dengan abang dan kak ipar. lokasi ofcoz la Hutan Bandar

5.10.11

Diktator dan budak suruhan

Daripada aku jadi juruteknik dedulu sampai jadi budak suruhan (praktikal) sekarang, aku lebih selesa bergaul dengan orang bawah-bawah berbanding dengan orang atas-atas. Bergurau, bercerita, bertumbuk tulang rusuk, semua boleh masuk. Orang atas-atas kebanyakkannya bergaul dengan orang atas-atas jugak. Jumpa orang bawah-bawah mula la tunjuk perangai diktator masing-masing.

Dalam pada berpraktikal tu, ada sorang india orang bawah-bawah nama Kumar. Aku kalau lepak borak dengan dia, boleh tahan tak ke jamban, tahan berak. Sekali borak macam celaka punya nak bahan. 

Ada sehari tu entah macam mana si Kumar nie boleh bercerita sedih pulak dengan aku. Pasal keluarga dia, bini dia, anak-anak dia. Aku cuma mampu sengih tanda simpati. Tapi ada hari bila aku pun tak ingat dah, dia punya cakap buat aku naik hangin sampai aku tumbuk tulang keting dia guna pemadam api

Punya la marah aku masa tu. Boleh dia cakap "Eh muka lu macam pelakon melayu tu la, yang berlakon cita macam itu 1 Malaysia jugak, kat estet, ada nyanyi-nyanyi"

Sejak hari tu si Kumar nie buat-buat sibuk bila aku lalu. Toleh pun tak berani