30.11.10

bila MLM menguasai dunia

rumah banglo bertingkat 5 di hiasi pokok anggur di halaman menceriakan keadaan banglo Razak. di banglo yang serba mewah dengan kolam renang bersaiz olimpik serta padang bola ala Old Trafford hanyalah didiami Razak dan isteri beliau yang iras-iras model antarabangsa selain beberapa orang gaji mereka yang setia menjalankan tugas masing-masing. kehidupan Razak dan isteri sangat bahagia.

tetapi suatu habit bagi isterinya ialah isterinya kuat merajuk. dan tiap kali isteri Razak merajuk tiap kali itulah Razak menghadiahkan kereta mewah demi memujuk hati isterinya. Lamborghini Gallardo, Bentley, Roll Royce Phantom, Aston Martin tidak terkira banyaknya. jika di kira dalam setahun, Razak menghabiskan masa untuk membeli kereta untuk isteri tersayang sebanyak 12kali. dan tidak mustahil-lah kalau garaj kereta Razak setinggi 3tingkat bangunan mengikut saiz kebiasaan parking shopping complex terpaksa ditambah 2tingkat lagi demi memuatkan kereta-kereta isterinya. tetapi pada kebiasaannya isterinya akan menggunakan Proton Saga untuk bersiar-siar mahupun bershopping,kereta yang menjadi saksi percintaan mereka dan menjadi kereta rasmi sebagai pengangkutan semasa perkahwinan mereka. jadi kereta serba mewah Razak banyak digunakan oleh orang gaji beliau. menghantar anak ke taska misalnya.

untuk ke pasar, isteri Razak lebih gemar untuk pergi sendiri ditemani tukang masak tersohor mereka. dengan menaiki Hummer H2 mereka, isteri Razak lebih selesa menunggu di dalam Hummer H2 sambil menonton rancangan Wonder Pets! sambil tukang masak tersohor meredah pasar basah seorang diri. lain pula jika Razak yang pergi ke pasar. ditemani tukang kebun bertaraf antarabangsa,Pak Samad,mereka akan menaiki Proton Inspira bersaiz limosin. sesampai di pasar, Razak tidak suka menonton Wonder Pets! seperti isterinya. jadi Razak akan menunggu di kedai makan berhampiran sambil mengushar makwe-makwe yang lalu lalang sementara Pak Samad meredah pasar basah seorang diri.

pejabat Razak hanyalah dirumah. pejabat sebesar kedai snooker di lengkapi dengan cctv, TV LED 78inci, komputer riba dan beberapa alatan termoden masa kini. TV LED 78inci Razak dilengkapi dengan webcam dan mikrofon. kebiasaannya Razak hanya menggunakan yahoo messenger di komputer riba Toshiba tahun 2003 beliau untuk sesi berborak kosong bersama Bill Gates, Datuk Tony Fernandes, Warren Buffet dan beberapa tokoh ternama yang lain. kadang kala Razak berwebcam dengan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk meminta sebarang nasihat berkaitan agama. jadi  TV LED 78inci Razak hanya berfungsi apabila perlawanan berkaitan Manchester United berlangsung. Razak tidak menggunakan Astro disebabkan kegagalan Astro menghalang kehilangan siaran semasa hujan. jadi tidak hairan la jika di laman belakang rumah Razak bersepah dengan parabola.

oh! Razak adalah pengasas Multi-Level Marketing tersohor didunia. barangan yang didagangkan adalah gelang magnet untuk kesihatan.

*****bersambung....

27.11.10

berniaga tak salah,yang jadi salahnya barang diniaga

sekarang nie ramai betul orang yang berniaga menggunakan laman so-sial fesbuk. macam-macam di-niagakan. ada yang jual barangan kereta,ada yang jual minyak wangi, ada yang jual baju-bajuan,ada yang jual cupcakes, ada yang jual jam tangan macam kawan gua, tudung&shawl pun ramai jugak.cuma gua tak jumpa lagi orang jual kereta je. kalau macam nie la gamaknya,memang tak balik untung la orang yang bukak kedai kat luar nun. dah kalau beli kereta pun hantar guna pos laju,ape cita nak jalan kaki penat-penat ushar sebijik-sebijik kereta kat kedai?!. kalau gua sendiri pun gua pilih pos laju. baru la surprise ye tak?.

tapi kebelakangan nie gua terperasan satu barangan yang gua rasa tak sesuai untuk paparan umum. banyak kali dah gua terperasan. dan gua rasa menda-menda nie boleh mendatangkan kejatuhan maruah gua sebagai seorang lelaki.

selain marah kat awek dia pilih KLCC dowh, nie pun gua nak marah jugak. apa kejadah haram spender pun nak jual kat fesbuk?!!..gua harap kementerian perdagangan ambik berat hal-hal macam nie. kalau tak, silap haribulan bra bunga-bunga pun di-jual jugak kat fesbuk.

24.11.10

gedik

"gedik seyh"

gedik itu art

dulu masa sekolah gua minat art. pantang masa pendidikan seni,gua laju je buat. ada sorang member gua pun boleh tahan hebat.lukis bagaikan profesional.7tahun tinggalkan sekolah,member gua sekarang kerja yang takde kaitan art.gua punya art entah kemana merajuk.

masa sekolah rendah dulu (sk kampung batu,jalan ipoh),darjah 4anggerik,gua jadi pelukis art berjaya untuk kelas.asal ada benda nak buat je,cikgu suruh gua lukis. kebanyakkannya berkait dengan peribahasa. katanya tangan gua penuh art.gua tak kisah. dulu gua tak ambik port sangat pasal harga wang ringgit nie.jadinya gua buat kerja dengan setulus ikhlas hati. gua pernah lukis gambar menatang yang gua sendiri tak tau nama dia. cikgu sains gua suruh budak-budak kelas gua lukis menatang yang dwifungsi atau omputih kata multifunction. ape kejadah multifunction nya tah. tapi seingat gua,gambar yang gua buat memang terbaik,gua yang kata la.hasil gabungan beberapa menatang yang gua adaptasi dari national geographic. cewahhh. celah mana nak jumpa astro tengok national geographic zaman gua dulu.jangan kata internet,telefon rumah pun takde. hasil gabungan beberapa menatang dari imaginasi gua:
  • kuda - badan - potong angin
  • buaya - ekor - berenang
  • burung - kepak - terbang
  • harimau - kaki - lari - kuat
  • kuda - muka - rambut trojan - kacak bergaya
bayangkan la camne rupa menatang nie. darjah 4 punya kerja entah kemana perginya.entah-entah cikgu sains gua tengah buat eksperimen ke ujikaji barangkali dengan mencantumkan semua ciri-ciri menatang nie untuk dijadikan realiti.dunia sudah maju,semua boleh berlaku.

"gua bagi pilihan dowh"

"gua suruh pilih gua atau KLCC dowh"

"dia pilih KLCC dowh"

"gua tak penting dowh"

sekarang gua punya art dah pupus,takde bakat.bak kata orang art 'tangan tak bedung'

ehsan google image


***
p/s: gua tak gedik
p/s/s: gua pernah hantar hasil lukisan gua kat TV3 KFC hour (betul ke nama nie?) masa zaman art gua tengah menaik

21.11.10

gua marah bila hitler marah

"dia pilih KLCC dowh"

gua bagi 5bintang untuk lakonan Hitler nie.


5bintang jugak untuk brader muka macam Rizman Khuzaimi nie.

gua google tadi terjumpa gambar Rizman Khuzaimi nie

20.11.10

azeem the manja bee

bila nak tidur,macam-macam perkara terlintas kat kepala gua. dan macam-macam jugak la gua nak tulis kat blog nie. gua simpan semat dalam kepala semua tu.esok kan masih ada.

tapi bila gua dah mengadap laptop nie,gua rasa ada baiknya gua layan tidur.

The manja bee sedang cuba sedaya upaya mengembangkan sayapnya untuk terbang. terbang ke mana, hanya the manja bee dan tuhan saja yang tahu. semoga the manja bee terbang ke jalan yang lurus.

18.11.10

examination


Keterangan:
  1. Oktober 2007,beria gua ambik cuti semata-mata nak pergi konvo yang 'best' katanya.(gua kerja kilang je)
  2. Gua gerak dengan kawan 'baik' naik kereta ehsan dari abang gua. pergi rehearsal pun nak kena smart. macam haram
  3. Gua mendapat pujian dari lecturer gua sempena kecantikkan rambut gua
  4. Dengar penerangan dah macam dengar ceramah. tatasusila,cara nak ambik sijil kat atas pentas, PENAMPILAN DIRI. hal nie memang dah banyak mata-mata nakal memerhatikan gua
  5. Keluar dewan,gua dapat surat merah dari peminat. gua senyum je bagi sign
  6. Esoknya,lepas subuh gua gerak dengan kawan 'baik' naik kereta ehsan dari abang gua
  7. Gua jumpa lecturer disiplin dengan menyerahkan surat merah dari peminat sambil tayang rambut pendek gua
  8. Gua ada ambik gambar dengan sorang makwe kos lain. sekarang makwe tu dah jadi bini orang. nasib gua takde perasaan kat makwe bini orang nie
  9. Bapak gua datang sorang-sorang. mak gua sakit kaki.
  10. Bapak gua balik Skudai sorang-sorang.
  11. Gua,kawan 'baik' dengan makwe kawan 'baik' lepak ngeteh kat Kota Masai
  12. Bapak makwe kawan 'baik' kata muka gua tak cukup matang untuk jadi pakwe makwe kawan 'baik',nampak muda katanya. gua tak kisah
  13. Gua punya paper 23hb nov.2010
  14. Gua bawak balik Skudai buku seketul je untuk paper 23hb nov 2010
  15. Sampai sekarang gua takde mood nak study.macam haram!

p/s : konvo gua sumpah tak best 
p/s/s : baju melayu abang gua konvo dulu-dulu.sampin+kasut bapak gua.songkok gua tak ingat siapa punya.

17.11.10

say no to violence

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


esok lepas solat raya (kalau bangun), gua nak duduk kat rumah diam-diam. 
makan nasi himpit dengan ayam masak sambal.
mungkin sedikit ayam masak kicap baki makan malam
sembelih,korban belakang cita
daripada gua tengok keganasan dan kezaliman
baik gua layan Astro channel 611


16.11.10

cium mulut tepi jalan?.nak kena terajang!!

cuti hampir 2 minggu gua lebih seronok habiskan masa kat rumah.bermanja dengan mak. bergurau senda dengan baby comel.bertepuk terajang dengan kanak-kanak.buat hal je suara gua naik.berebutkan remote control Astro misalnya. dengan kuasa yang ada pada gua,gua rampas remote control dengan ganasnya sambil bersandar pada kerusi ogawa,gua tukar channel berunsurkan keagamaan.

tapi tu cerita siang hari. kebiasaannya memang gua kasik chance dekat kanak-kanak nie conquer 100% remote control+LCD 32inci. siang hari gua agak takde masa untuk berhibur. gua banyak kerja. kadang gua pergi paris, kadang gua kena jumpa Kim Kardashian, ada tu gua meeting dengan Asamoah Gyan macamana nak tingkatkan mutu bola sepak di kalangan budak-budak sekolah. ada-ada masa je gua lepak rumah potong pokok mangga. jadi masa gua berhibur hanya waktu malam saje.

tadi malam dalam pukul 11.32,tengah sedap-sedap gua berborak dengan makwe kat telefon sambil layan muzik-muzik separuh akhir,gua dapat call dari abang gua.baru balik berendut kat Singapore,gua disuruh jemput kat bandar. gua tanpa banyak soal meminta kebenaran kat bapak gua untuk menggunakan kereta. kalau naik motor cuma ada harapan untuk gua bagi alasan takde bumbung je.sejuk-sejuk malam-malam macam nie tak brader-brader la pergi bandar naik motor.

dalam kereta hati gua terdetik."Jb nie memang tak pernah suram walau hari-hari biasa. semua sibuk menguruskan hal duniawi walau sudah lewat malam". gua teruskan perjalanan sambil bernyanyi merdu mengikut alunan lagu kat radio. tiba di bandar,gua call abang gua. teruskan perjalanan pulang, sempat jugak gua mengumpat sedas dua perihal dunia dengan abang gua.

tiba di rumah,gua parking kereta paling solid. gua masuk rumah,campakkan sweater kat tempat asal,dan meneruskan kerja-kerja gua di laptop yang tersedia on dari tadi. up-date status fesbuk yang tak pernah menghampakan untuk gua menambah dosa,layan makwe cium mulut tepi jalan kat Youtube,mengushar blog-blog makwe sweet.selebihnya gua buat hal sendiri.

*****
p/s: sedap jugak bawak kereta baru nie.

12.11.10

Kotarayaku

1996,Kuala Lumpur

samad.seorang lelaki yang menjalani kehidupan di kota besar yang penuh dengan hiburan, lakonan, rasuah, seks bebas, politik, sosialisme, dadah, mat rempit dan sebagainya. kehidupan sebegitu menghanyutkan dan melekakan samad. kehidupan di kota yang sibuk membuatkan hidup samad juga perlu berjalan dengan pantas dan lancar.

"bangun pagi,gosok gigi,terus mandi,lalala~~"

selalu saja samad bernyanyi sebegitu di kala matahari belum menjengah pagi. tapi gosok gigi samad berbeza dengan orang lain.samad dengan gaya samad.tidak diendahkan jika bertemu dengan orang ramai dan ditertawakan oleh rakan-rakan.kehidupan di Kuala Lumpur kena pantas.bisik samad apabila mengenangkan semua itu. samad tetap meneruskan gayanya pada setiap hari tanpa memikirkan risiko akan mendatang pada dirinya.sehinggalah samad mendapat tahu bahawa ayahnya akan pencen dan mereka sekeluarga akan berpindah ke rumah baru.samad akur.

kini samad mencurahkan sepenuh hatinya di sebuah negeri di selatan tanah air. Oh! samad hanyalah berumur 10tahun ketika di Kuala Lumpur dan banyak menghabiskan masa di sekolah rendah, sekolah agama dan di rumah. sekali sekala samad mengikuti ibunya membeli belah di Chow Kit Road. jika dapat diundurkan masa lampau,mahu saja samad merajinkan diri menggosok gigi 2kali sehari dengan bersungguh-sungguh agar tidak menyesal sehingga kini. dan mungkin juga gigi samad putih berseri jika tidak disebabkan faktor kemalasan samad menggosok gigi 2kali sehari dengan bersungguh-sungguh. yang sekali tu pun hanyalah difokuskan pada bahagian tepi,tidak di hadapan.

"bangun pagi,gosok gigi,terus mandi,lalala~~"

tidak lagi kedengaran di waktu pagi-pagi samad menggosok gigi.


rambut

suatu petang yang dingin dan tenteram di sebuah taman yang permai

karim : gua tengok rambut lu lurus macam teknik rebonding,jeles gua.ape rahsia lu?.

gua : gua amalkan petua mak gua.

karim : petua ape bai?



gua : hati kena bersih,jiwa kena bersih.yang penting jangan berperasangka buruk,iri hati sesama kita

karim : choii!!


8.11.10

bila senang kau pernah bersyukur??

berdoa kat fesbuk?..kahkahkah
 
solat 5waktu ada doa tak?..kahkahkah

benda-benda macam tu kau kasik simpan dalam doa lepas solat sudah la...kahkahkah

tak perlu nak mempermainkan nama ALLAH s.w.t bilamana realitinya kau tak pernah nak mintak dalam doa harian

hahaharam la kau~~

i'm lying when i said i miss you

semalam jiran sejalan merangkap kakak 'kawan' lama tak bersua menjadi raja sehari.tang mana datang raja pun gua tak tahu

20november2010 kawan sebaya merangkap kawan darjah 6 akan melangsungkan perkahwinan

27november2010 kawan sebaya merangkap kawan sekelas politeknik akan melangsungkan perkahwinan

bulan disember gua tak dapat lagi jemputan mana-mana kawan sebaya

gua harap gua tergerak hati nak pergi memenuhi jemputan nie. bab-bab makan nasi minyak nie bukan berkenan sangat gua. kolesterol tinggi. menggemukkan.kesihatan kena la jaga,ye dak?

sekarang nie gua tengah ambil mood,feel,spirit bagai nak buat slideshow untuk present psm punya pasal selasa nie hari kejadian.tapi apekehal gua punya debar macam nak interview keje PETRONAS lak nie.macam haram.

gua ingat kalau dapat lepak kat jambatan dia pun dah cukup seronok


5.11.10

Angker

05 Nov 2010,

siang hari,gua berseronok main guli dengan kawan-kawan sepermainan.main tembak-tembak. sekali gua nak tembak, boleh ada mug pulak dalam bulatan tengah. macam harem sapa yang letak. gua main ada la dalam 3jam gitu mengikut kiraan matahari condong bawak ke pacak tegak atas kepala. sekali gua tembak boleh terkuat pulak. sampai ke pokok yang namanya pun gua tak tau. gua berlari anak menghala ke bawah pokok. sekali tu gua terjumpa entah menatang ape pun gua tak tau. gua panggil kawan-kawan sepermainan menunjukkan menatang yang bukan binatang sebenarnya. rupa bentuk seakan makhluk asing punya alat. sekali gua pegang, tiba-tiba menatang yang bukan binatang sebenarnya tu berpusing sendiri menunjukkan ke arah sebuah rumah usang yang agak berusia berbanding gua yang masih sweet 20 nie. rumah rare, gothic, angker gua tuju bersama kawan-kawan sepermainan. seram,ngeri gua tolak tepi. sesampai depan pintu,gua cuba pulas tombolnya. sarang labah-labah menambahkan keadaan angker rumah usang tu. dekat 20kali gua cuba bukak pintu tapi masih menemui jalan buntu.gua ambil keputusan untuk merempuh saja pintunya. dengan fizikal gua yang halus nie, dapat sakit badan je gua rempuh. ape punya kayu la dia guna. tiba-tiba gua terperasan ada sesuatu keluar dari rumah tu dengan pantas."HANTU!!'..jerit kawan-kawan sepermainan.gua dengan tanpa berfikir banyak terus pulang ke rumah.

tiba dirumah gua dikejutkan dengan keadaan yang gua sendiri tak sangka.bapak gua mengamalkan ajaran sesat.siap ada kitab lagi.gua dah geleng kepala.gua syak nie ada kaitan dengan hantu yang keluar dari rumah usang tadi.mesti hantu tadi dah ajar bapak gua yang bukan-bukan.gua tengok mak gua pun dah terlibat sama. bapak gua mengusulkan kat gua untuk mengikut ajaran tu.sekali gua tengok kitab dia memang gua geleng kepala.sesat!.nie semua sesat!.gua bawak diri ke bilik.gua termenung memikirkan kejadian yang menimpa gua hari nie.lama-lama gua fikir,terdetik kat hati ada betul jugak ajaran bapak gua tu.gua belek semula kitab bapak gua tu.gua baca satu persatu. perkara positif timbul di hati gua terhadap kitab nie.

sedang gua leka belek kitab nie,gua dikejutkan dengan suatu suara.gua tersentak!

"wan.wan..bangun semayang jumaat"

gua angkat kepala mengiakan kata-kata kawan serumah gua.

petang tu gua kasik lincah gerak naik motor balik JB. gua sambung tidur sampai jam 7 tak banyak cita.

4.11.10

hari-hari hari sibuk

Exhibition engineering design
Wednesday 03 November 2010


2hari gua tidur tak terurus menguruskan hal-hal duniawi nie.lepak bengkel gegas sampai ke petang memang bukan hobi. projek juta-juta nie tak boleh dibuat main-main.tapi apa cita kalau tengah menukang dia punya menguap kalah orang tak tidur 2hari.

tidur 2jam sebelum exhibiton memang tak tertanggung mata.gua gagahkan diri jugak datang membawa harapan yang tinggi terhadap projek juta-juta gua nie.malam sebelum tu ketua grup yang tak pernah dilantik bagi kata-kata semangat suruh datang jam 7.45pagi sebab nak hias booth.yeah!!.gua pegang kata-kata semangat tu.8.30pagi gua sampai. tangan kasik lincah kemas pape yang patut.main tampal-tampal.main gantung-gantung. nie kalau nampak dek budak-budak sekolah mahu kena gelak je.takde seni langsung.ape kejadah belajar mekanikal disuruh main tampal-tampal.

makan free memang gua minat.lepas makan tengahari gua kasik lincah balik rumah dengan harapan untuk menunaikan solat dengan lebih khusyuk. habis tanggal semua baju seluar kecuali boxer,gua baring sambil ditemani kipas dengan kelajuan 2. apa la sangat lelap mata kejap,pukul 2 bangun gerak ke exhibiton kan. pukul 2.30 gua tersedar.gua bangun capai laptop gua kat luar bilik,jenguk ke bilik sebelah melihatkan rakan segrup nyenyak tidur.projek juta-juta nie tak boleh di anggap remeh.mana boleh main tinggal-tinggal kat tapak exhibiton tanpa pengawasan rapi.gua ambil keputusan drastik.gua masuk bilik gua semula,letakkan laptop pada tempat yang sesuai dengan harga pasaran,dengan hanya dilitupi boxer gua baring sambil ditemani kipas dengan kelajuan 2.

3.30 gua tersedar.baru gua perasan yang gua dah terlambat.habis projek juta-juta gua kalau macam nie.gua kejut rakan segrup sambil lintang pukang cari seluar.belum sempat gua capai baju,rakan serumah grup lain dah pulang ke pangkal jalan.alkisah katanya exhibiton dah habis.tanpa kata sepatah gua tanggal semula seluar panjang sambil digantikan dengan seluar pendek kegemaran. gua baring sambil ditemani kipas dengan kelajuan 2.kali nie betul-betul serius punya gua tidur.takde main-main 1-2jam.

hampir ke maghrib gua terjaga sambil ditemani sakit kepala.damn!