30.10.10

jerebu semakin mengganas!



gua sakit tekak dah banyak hari.nie kalau kasik tarik lagu gadis dan bunga memang rabak.ubat PKU baru dapat.ehsan dari kakak ismoen-si-penyanyi.lain kali gua nak suruh kakak ismoen-si-penyanyi rembat susu weight gain lak kat PKU.

****
apekehal gua boleh posing ayu sekali macam tu?!.sumpah gua kasik pose paling mengancam kalau gua tau tingkahlaku gua dirakam.

26.10.10

berkawan biar ikhlas

kawan serumah kat ruang tamu borak sakan berjemaah. gua dalam bilik dengar pun tak selesa. bilik gua dengan ruang tamu sejengkal je. kalau setakat nk jenguk gua sekejap pun bukan la kena jalan 100meter. kalau panggil gua pun sekejap je gua dah sampai. tapi harapan hanya tinggal harapan. gua makin jadi tak keruan bila kawan serumah mula bermain lidah. benda macam nie gua kena bertindak dengan segera. tak boleh dibiarkan berleluasa.


*****
mana boleh tahan kalau masing-masing sibuk mengadap benda-benda sedap macam nie. tak sampai hati gua nak kecur air liur dalam bilik sorang-sorang..

24.10.10

kerjakan saja

1999-2000
gua start belajar cari duit sendiri...cewahhh..gua tolong pape yang patut kat warung 'abang man' bila hari sabtu dan ahad atas dasar permintaan 'abang man' yang mintak pertolongan gua. dapat la gua RM20-RM30 buat main tikam-tikam tamaguchi. gua pun tak ingat macam mana gua boleh terjebak dengan kancah kerja nie. tapi sekarang gua panggil pakcik man.

2000
gua tolong abang gua dengan rakan kongsi abang gua jual goreng pisang.time nie abang gua baru habis sekolah. perniagaan yang maju tak bertahan lama sebab abang gua mula merantau ke tempat orang.

2004
gua kerja kilang dekat lima kedai. mana datang nama lima kedai gua tak ambik port. yang gua nampak, bersepah je kedai-kedai kat situ. gaji dalam RM400-RM500 lebih sikit. time nie memang gua dah rasa banyak. selalu pergi sekolah pegang RM2,nie tetiba ada kad atm dalam wallet ape cita. tapi bila gua pikirkan balik,tak berbaloi langsung tenaga yang gua keluarkan dengan gaji yang gua dapat.kalau foreigner lain la. 3bulan je gua bertahan sebelum gua pulak mula merantau ke tempat orang.

2005
cuti semester gua manfaatkan dengan bekerja kat arked 11 UTM. kerja dikelilingi makwe-makwe UTM bukan target gua. makwe mintak nombor telefon,makwe lawa,makwe iras model,makwe comel mintak alamat rumah semua gua tak layan.gaji kecik belakang cita.janji suasana selesa.

2007
gua pulang ke pangkal jalan setelah lama merantau. tak lama gua menganggur kat rumah,sekali lagi pakcik man meminta khidmat tenaga gua untuk menguruskan hal-hal berkaitan perniagaan kantin sekolah rendah  dekat kampung melayu majidee.gua perhati budak-budak sekolah zaman sekarang mewah sangat kalau berbelanja.kalau zaman gua dulu RM1 pun boleh menyimpan lagi,budak sekarang RM5 pun dah macam 50sen.tak tahu hargai penat lelah mak bapak kerja macam nak rak. kerja nie pun gua tak bertahan lama sebab memang gua tak tahan pun.kerja jauh sangat,badan penat.

2007
gua dapat kerja kilang kat senai sebagai QC technician. kerja tak mencabar keintelektualan gua langsung. 8bulan pertama nampak jugak la gua punya skop kerja. lepas tu gua ditukar ke bahagian production improvement department. kat sini memang gua tak tahan dengan skop kerja gua.apa kejadah kalau datang-kerja-takde kerja-jalan-borak-kacau makwe-jalan-sembang dengan makwe-jalan-tolong makwe buat kerja-rehat-10minit-jadi-setengah jam?!. kalau dah rehat sejam,paham jela gua masuk kerja bila. ada bos pun serupa macam takde. kalau macam nie la gamaknya,boleh tutup kilang tempat kerja gua nie.takde belas kasihan punya gua kat makwe-makwe semua, gua hantar surat resign. lepas tu gua merantau semula ke tempat orang. tapi kali nie gua bawak diri jauh sikit banding dulu. sampai entri nie tertulis gua masih di perantauan.

*mak gua cita,bulan 12 nie pakcik man perlukan khidmat gua lagi untuk majlis kahwin pulak.

22.10.10

rokok

rokok naik harga lagi. makin lama makin mahal. perokok-perokok dah pening kepala. mana nak beli rokok breakfast,rokok lunch apetah lagi rokok dinner. tu belum kira si perokok masih di bangku sekolah. mana nak cari duit beli rokok. takkan tiap-tiap hari nak ragut. mana nak curi-curi rokok abah lagi. nie belum kira lagi budak IPTA/S macam gua nie yang bergantung hidup pada ptptn. mana nak cekau duit buat assignment,print psm,beli kertas kajang lagi. takkan nak gulung A4 paper dengan daun kering lak. pastu mulut terbakar. kalau pak sedara, pakcik belah mak tiri angkat ada kilang memproses tembakau takpe gak. boleh paw sekati dua tembakau bawak balik rumah jual kat kawan-kawan. kalau harga rokok dah naik, mesti la harga tembakau naik sekali. dengan kata lain, pengusaha tembakau senyum gembira la dengan keputusan kerajaan menaikkan harga rokok kat pasaran. ni kalau gua terlibat dengan industri tembakau cantik jugak. untung-untung boleh angkat Toyota Velfire ke. paling koman pun Hummer H2 sebijik. tapi apa cita pulak kalau tahun depan naik lagi harga rokok. alamatnya terpaksa la belajar-belajar hisap rokok daun pulak. ye dak?.


kah kah kah!
gua tak merokok
kah kah kah!
padan muka pada yang merokok
kah kah kah!

19.10.10

kopi o kaw



teori abang gua sejak kecil mengatakan minum kopi boleh menghitamkan kulit.sampai sekarang abang gua tak sentuh kopi langsung.


*****

gua penggemar kopi ataupun dalam bahasa omputihnya coffee addict.realitinya gua lebih cerah dari abang gua.apa cita?!

putih tak?.kahkahkah
*kopi mak gua bagi masa balik skudai tempoh hari

13.10.10

kek cawan








*****
gua pantang betul.pantang gua dapat menda-menda free macam nie.gua suka!

12.10.10

penat yang tak berbaloi

dari semalam bawak ke hari nie,
dari petang bawak ke malam,
dari lapar bawak ke kenyang,
dari bilik teater bawak ke pentas terbuka,
dari pentas terbuka bawak ke born4nature,
penat jugak berdiri lama-lama ushar makwe atas pentas nie.