31.8.10

berbuka bersama uncle jony



chocolate float dah mcm teh tarik gua tgk


ok nie hanyalah lakonan saja.bekas stim kosong lg
gila banyak sayur
macam bagi kambing makan,batang kayu pun ada
sumpah sos dia sedap
sebelum
mangsa keadaan
banana split
penutup acara berbuka bersama uncle jony
*****
sekarang nie pasal apa gua buat entry berkait dengan makanan pulak?.blog gua bukan tempat mencari resipi pun.

p/s:kualiti gambar memang tak memuaskan.tapi apa gua kisah

26.8.10

you and me are not the same type

cuti raya nanti gua cadang nak ambil kelas belajar bahasa London demi memantapkan lagi bahasa London gua yang sedia ada. gua harap naik cuti raya nanti blog gua bertukar 100% dalam bahasa London. baru la tergugat blog Pipiyapong.tapi perancangan gua tu pun mengikut kepada aliran wang hasil kutipan duit raya yang gua dapat nanti. harap dapat la banyak sikit berbanding tahun lepas lepas. boleh buat pergi makan Mcd sekali.

23.8.10

Rahim

Rahim tak kacau orang. rahim tak suka sibuk hal hal orang lain. rahim lebih suka buat hal sendiri. rahim lebih suka duduk bilik daripada mengumpat hal orang. kadang kadang je rahim mengumpat. itu pun berdasarkan kepada teman pengumpatan. selebihnya rahim lebih suka mengumpat bersama komputer ribanya. bagi rahim berfantasi bersama komputer riba lebih bermanfaat daripada sibuk hal orang lain. kadang kadang rahim tak faham tentang orang sekeliling. semakin dia tak ambil pusing hal orang lain semakin sibuk pula orang lain dengan perihal rahim. rahim cuba bertindak secara positif dan bertimbang rasa tetapi hal sama tetap terjadi pada rahim. kadang kala rahim mahu saja bertindakbalas terhadap orang yang suka memburukkan rahim dengan cara memburukkan orang yang suka memburukkan rahim kepada orang lain. tetapi itu bukan gaya rahim. rahim lebih suka memendam perasaan. rahim tak pernah minta duit orang lain malahan kadang kala rahim membantu orang lain dengan keringat yang ada. semakin hari rahim semakin pelik dengan sikap orang lain. salahkah rahim membuat potongan rambut gaya Noh Hujan??

Rahim;bukan gambar sebenar

21.8.10

raya datang lagi

raya kali nie gua rasa nak buat baju melayu teluk belanga kaler oren.amacam?.memang dari jauh dah nampak gua kan.lagi pun sejak sejak ni gua suka sangat dengan kaler kaler terang ni.menarik orang orang tua kata.

berbalik pada baju melayu gua tu ataupun lebih dikenali dengan baju raya,gua nak buat kocek sampai 4.2 kat atas,2 kat bawah.lepas tu kocek seluar pun nak ada depan belakang.yela nanti duit raya nak selit mana kalau kocek baju dah penuh kan.selit kat pinggang memang tak indie langsung.lepas tu kalau boleh kocek tu taknak sama dengan kaler baju.baju oren,kocek mesti kaler kuning atau merah.baru in.lepas tu seluar pula gua nak buat style track bottom.ikut jejak langkah brader brader 60-an.tang kat pinggang gua taknak guna getah.tu masa budak budak boleh la.gua nak buat macam seluar slack.boleh masuk tali pinggang.baru la bergaya.sampin lak gua nak tempah yang sulam nama gua.tak banyak la.tulis "wan" pun gua layan.tapi yang penting guna benang emas.pasal selipar pula,ah takyah mahal mahal.pakai je selipar getah.pakai mahal mahal pergi masjid pastu kena cilok saja je.menangis balik kaki ayam.terus tak feel nak raya.baju gua tu kalau boleh gua nak ngam ngam je dengan badan.kalau ikutkan badan gua nie,saiz m dah memadai.

tapi masalahnya sekarang,dah berapa kali raya gua tak buat baju raya.

15.8.10

paw yang tak sama dengan pau

30hb Julai 2010,5.00pm

gua bergerak dari batu pahat menuju ke melaka menggunakan perkhidmatan awam yang agak lembab jika dibandingkan dengan perkhidmatan sendiri sendiri.abang gua dah mengirimkan sistem pesanan ringkas beberapa kali.gua balas "bas tengah overhaul.lambat sikit la sampai".tujuan gua hanyalah nak melawat PC Fair kat MiTC Melaka.sambil menunggu bas,sempat gua jamah cikedis sambil baca mangga.ok gua tipu.dah lama tak jumpa majalah paling laris kat Malaysia abad nie.mungkin dorang dah tukar strategi perniagaan dengan menukar tajuk majalah tu kepada belimbing,betik ataupun terung.siapa tahu kan.

pukul 6pm bas gua sampai.gua kasi lincah naik bas cari port terbaik untuk tidur.makwe makwe dalam bas dah ushar gua lain macam.ah peduli apa.gua tak minta pun nombor telefon lu.dalam tak dalam sangat la kan.tapi ada la dalam 2jam lebih baru sampai Melaka Sentral.gila punya lembab.

gua kasi keluar telefon kurang canggih gua call abang gua.tak sampai sejam kereta berkuasa kuda abang gua mengaum depan gua.apa macam sejam lagi sekejap dari 2jam lebih.dah tu kitorang pergi makan makan,shopping shopping,balik tidur.

pagi pagi lagi pukul 11 gua dah kasi cergas bangun,mandi,siap siap yang paling kacak,kejut abang gua.kakak ipar gua awal awal dah siapkan sarapan.dah siap semua,gua,abang gua,kakak ipar gua bergerak ke MiTC menggunakan kereta bugatti veyron abang gua yang saja je parking depan rumah makwe.perjalanan mengambil masa tak sampai 30minit.kereta laju,tak guna la kalau bawa slow slow kan.sesudah mencari parking,gua kasi lincah masuk ke dalam dewan MiTC.longgokkan manusia tak payah cerita.dah macam ada jualan penghabisan stok kat shopping complex je.gua,abang gua,kakak ipar gua pusing pusing 1 dewan sambil anak mata gua liar mencari peha amoi.nasib belum puasa.kalau tak memang gua dah borong soya kat tesco.

dekat 3jam pusing pusing situ juga gua pergi.amoi jaga booth printer,amoi jaga GPS,amoi jaga booth laptop.pandai dorang setting penyeri untuk booth.sampai dekat 1 booth,ada sorang ah sou tahan gua.cakap punya cakap,ah sou tu paw gua.bukan sikit.dekat 2.2K gua kena paw.gua nak melawan memang tak terdaya.ah sou ramai geng.abang gua dengan kak ipar gua mampu memandang je bila masa gua keluarkan duit bagi kat ah sou.gua jadi panas.gua terus blah.sampai 1 booth lain,ada amoi pula tahan gua.sekali lagi gua kene paw.dalam 200 amoi tu minta.gua dah macam kena pukau.gua jadi makin panas.gua,abang gua,kak ipar gua terus keluar dewan minum air kelapa.air habis,gua balik.

sampai sampai je rumah abang gua,gua terkejut.kat tangan gua tergenggam sebekas beg dan sekotak kotak yang agak besar.apa cita ni kena paw tapi bawa balik barang?.


 *******




apa cita siap free speaker?


p/s: senang senang add la fesbuk gua.nak berwebcam pun gua no hal

13.8.10