31.7.10

banyak banyak court,court apa orang tak panggil court

Petang selasa,waktu yang agak berat untuk study demi final paper esok hari. Kepala dah agak lembab bila jam melepasi angka 5. Maza, Kudut dengan Mat Pon memang tak ambil port dengan buku kat tangan.

Maza  : Kudut, kau duduk Taman Universiti kan.
Kudut : A’ah la. Kenapa?
Maza  : Jalan apa?..
Kudut : Jalan raya.kehkehkeh

Mat Pon sengih nampak gigi. Maza dah jeling jeling tajam. Kudut cover line dengan jawapan yang tulus.

Kudut : Jalan kebangsaan
Maza  : Kebangsaan berapa?.Sebab aku pernah gak lepak lepak cari pahala kat surau  kebangsaan. Ikut abang aku.
Kudut : Oooo..Rumah aku kat depan surau tu la.
Maza  : Depan surau?.Depan mana eh?.

Mat Pon senyap takde modal nak celah.

Kudut : Depan surau la. Kan kat belakang surau tu ada court.
Maza  : Kat mana ea?.Ada court?.(muka serius)
Kudut : Depan surau kebangsaan tu la. Belakang surau tu kan ada court.court badminton,court takraw,court mammoth,food court.

Maza tarik muka ketat dalam dalam. Mat Pon dah sebak tahan air mata. Kudut buat buat sibuk tengok soalan semester lepas

25.7.10

petang hari

“pergi mampus”.

Hati kalau ikutkan amarah memang tak jadi kerja. Gua lepak makan biskut mayat cicah kopi o kaw memang in. Pekena pulak layan cita hindustan memang touch ’n’ go. Pastu tidur sampai tak ingat nak sembahyang memang menjawab la lu kat akhirat nanti

16.7.10

taman permai

rumah sewa gua takde internet.kadang kadang gua rasa bagus jugak benda ni.takde la gua nak ngadap laptop je manjang.kesihatan mata kena la jaga jugak ye dak.tapi yang tak bagusnya,makwe makwe yang nak ushar gua tak dapat la nak borak panjang dengan gua.pape hal lu tinggalkan nombor telefon bimbit jela.sekali dengan nombor topup.nanti gua call.


*gua cari tajuk untuk PSM.lu orang ada?. 

10.7.10

sin wau nun alif ta

siapa kata sin wau nun alif ta tu sakit?.ada orang kata(orang mana kata) macam kene gigit semut je.kena semut api berbintat juga apa.lu dah sin wau nun alif ta?.

awal tahun 1998,memandangkan geng geng sebaya dah berjaya menjadi orang dewasa,gua mengambil keputusan untuk mempercepatkan proses kedewasaan gua.permintaan gua berjaya abah gua tunaikan.lokasi pembedahan hanyalah di klinik berhampiran.excited gila gua memang tak dapat disangkal.siapa taknak jadi orang besar ye dak.malam tu gua bantai makan sedap sedap.

pagi pagi lagi gua dah mempersiapkan diri dengan mandi sebersih mungkin.nanti takde la doktor tengok pun rasa nak kerat habis je kan.mak gua dengan senyum riang menyediakan sarapan paling lazat untuk gua disertakan sekali kain pelikat cap gajah duduk.hampir pukul 8.30 gua dan abah gua bergerak ke lokasi.pagi pagi macam ni memang budak sebaya gua liat nak bangun.jadi gua merupakan orang kedua akan dibedah.neves?.tak langsung.muka gua steady.hero mana boleh takut.

pesakit pertama keluar muka kelat.apa la tak hero langsung.gua masuk dengan muka angkuh sambil diperhatikan oleh kanak kanak yang baru sampai.sampai kat dalam gua salin kain pelikat,landing baik punya kat kerusi fleksibel klinik.doktor lelaki,nurse perempuan.iskh.segan ni.kehkehkeh.

agak gua dalam 4das cucukan jarum doktor tu bagi.lepas tu memang gua tak rasa papa.hero mesti kuat kan.dalam setengah jam agak gua,tapi gua pun tak tau sebenarnya berapa lama proses pembedahan tu.tak sempat gua nak jeling jam.gua keluar muka angkuh.ada brader kerusi hujung dah merengek nak balik.sempat juga gua dengar bapak dia puji gua.hero mesti la muka berlagak ye dak..

sementara gua tunggu ubat dari kaunter,sempat juga gua usha makwe makwe klinik.respon memang positif.siapa tak tergoda kalau keluar bilik pembedahan muka macam hero.tak nangis apetah lagi merengek macam brader kerusi hujung.beres semua gua dengan abah gua terus ke kereta dan balik.

sampai rumah gua cepat cepat turun dan berlari 10meter macam tu nak uji kehebatan gua berlari guna kain pelikat.tak pernah lagi gua lari dalam kain.mak gua sempat juga sound takut takut jahitan tertanggal.naya je nanti.gua terus lepak baring depan tivi layan hagemaru.

selang dalam setengah jam,ubat kebas dah habis.serta merta gua terasa nak nyanyi lagu "meraung" dari newboyz walaupun hakikatnya gua tak tau lirik.mak gua datang bagi bantuan.tin biskut jadi sandaran untuk menongkat kain gua dari bersentuhan.dengan disertakan kipas berkelajuan 5hp menghala ke dalam kain.lagu meraung tak bertahan lama,gua tertidur.memang feel gila.hero nyanyi sikit sikit sudah la,ye dak!.

***


*time nak buka balutan memang best.semua nurse yang hendel.kehkehkeh

8.7.10

Bicara World Cup


belajar dan bolasepak adalah satu perbuatan yang jauh berbeza.tapi dalam kebezaan yang ketara,ada juga persamaan yang tanpa kita sedari telah mencorak kehidupan kita seharian.dalam bolasepak terdapat strategi defensive,normal,attacking,counter attack,counter strike,counter pertanyaan..kehkehkeh

dalam kelas kita biasanya mengamalkan corak permainan normal.lecturer mengajar kat depan,kita rileks rileks je dengar,buat buat faham.dan pabila tibanya musim ujian,kita selalu amalkan corak defensive dan counter attack.defensive dari segi mengeluarkan segala macam toyol dan mengushar jawapan kawan kiri kanan.kalau agak kamcing dengan kawan depan,boleh juga jeling jeling.defensive juga dari pandangan lecturer yang jaga.agak line dah clear,kita counter attack sehabis mungkin.itu strategi nak kena ngam dengan masa.salah tune memang masak lu orang.

tiba masa kita mengamalkan corak defensive juga pada waktu waktu study week.memang lu kene tongkat mata la sampai pagi menelaah buku tebal tebal yang bila masa nak exam baru sibuk nak selak.jangan amalkan defensive masa final exam.silap haribulan memang extend sem la jawabnya.tu lebih afdal dari kena buang.dan masa kat dewan periksa memang lu kena attack sehabis mungkin.curahkan segala skil yang lu dah praktikkan masa study week tu.

dan kebiasaannya bila sesebuah team tu mengalami kegagalan,manager memang harus dipersalahkan.dan menjadi kewajipan manager dipecat dan diganti dengan manager baru.

masalahnya sekarang kalau lu fail siapa yang nak dipecat?

fabio capello,lu jawab sekarang!

7.7.10

kenduri kawen

pergi kenduri kawen walaupun jiran sebelah memang gua tak berkenan.hujung minggu ni kenduri kawen sedara abah gua memang awal awal gua dah rejek.alasan nak balik rumah sewa macam susah nak menyakinkan mak gua.

tahun 2008,bulan mengambang,2orang makwe kolumpo(kawan biasa) datang ke Jb semata mata untuk menghadirkan diri ke kenduri kawen abang kawan dorang merangkap kawan gua juga.gua awal awal dah kata gua hanya mampu hantar je,jangan harap gua nak teman.BMW 5series abang gua menjadi pengangkutan rasmi.untuk kelihatan lebih maskulin,spek hitam abang gua menjadi peneman.

janji gua memang tepati.gua hanya hantar dorang depan rumah kawan gua tu je.pastu gua balik.sampai la makwe kolumpo call gua kata dah beres.oh ya.dorang datang bertiga tapi sorang ni ada kerja lain.so terpaksa la gua bawa jalan jalan sementara menunggu kawan dorang tu mensetelkan kerja.

sampai tiba masa,makwe kolumpo kata nak salin baju dan tempat yang gua rasa sesuai adalah pusat beli belah terkemuka berdekatan rumah gua.tibanya di tempat kejadian,hati gua rasa tak sedap.parking berbumbung dituju.dengan penuh yakin dan konfiden gua luahkan perasaan gua kat makwe kolumpo.

"eh,jusco takde karan la"..luah gua

"mana ada.terang je tu.orang makan kat piza pun selamba badak je"..makwe kolumpo membangkang.

"betul la,jusco takde karan ni.gelap semacam je"..gua tetap dengan pendirian.

"lu rabun ke apa"..sedas kritikan terkena kat gua

lepas hantar makwe kolumpo betul betul depan pintu masuk,gua terus gerak sementara menunggu makwe kolumpo salin pakaian.

*****

gua cabut spek abang gua terus simpan ke tempat asal.sempat juga gua maki spek tu.

*gua susah nak ingat tarikh peristiwa yang gua rasa tak perlu gua nak ingat

6.7.10

Keterujaan

julai 2007,

makwe(kawan biasa) dari kuala lumpur melakukan lawatan mengejut ke tempat tinggal gua.tapi gua tak terkejut pun sebenarnya.tujuan sebenar makwe(kawan biasa) tu hanyalah untuk melepak kat rumah kawan makwe(kawan biasa) tu.dan juga jumpa gua.suatu hari yang gua pun tak ingat hari apa,makwe(kawan biasa) ni pergi kompleks membeli belah kurang terkenal berseorangan.gua,seorang yang prihatin dan penyayang telah menawarkan diri untuk menemani sambil pusing pusing ke tempat menarik.actually johor bahru takde pun tempat menarik(bagi gua la).BMW 5series abang gua menjadi pengangkutan rasmi.

tempat pertama yang gua dengan makwe(kawan biasa) tuju adalah Plaza Angsana(PA).macam biasa tempat ni penuh dengan kanak kanak yang baru nak naik dan juga boleh dianggap sebagai Jakarta.lambakkan pelancong asing yang menjadikan PA sebagai port berkumpul sesama warga negara menyemakkan mata memandang.gua dan makwe(kawan biasa) mengambil keputusan untuk beredar ke tempat lain.BMW 5series yang diletakkan di parking berbumbung dituju dengan pantas.gua dengan lagak macho, kaki sebelah kanan kat luar sambil menstart BMW 5series.agak dah panas enjin BMW 5series meluncur pantas keluar dari PA.

tempat yang dituju adalah The Zon.tempat paling menarik kalau lu nak berklabing.menarik ke?.gua pun tak pernah masuk lagi.masuk parking tanpa berbumbung je kena sampai RM5.gila mahal.bila masa gua nak turun,gua raba raba lantai BMW 5series untuk cari selipar gua.sebelah kiri berjaya gua sarung.belah kanan gua tak jumpa.pelik.(oh,dulu gua drive memang kaki ayam je).tak syak lagi ada toyol dalam BMW 5series abang gua.menyumpah gua masa tu.tak semena mena gua suruh makwe(kawan biasa) usha bonet kalau kalau ada kasut abang gua.ok ada,kasut sarung.melecet kaki gua pakai.kat The Zon makwe(kawan biasa) hanya membeli coklat sebagai cenderahati untuk keluarga.dan untuk gua.(kalau lu nak bagi coklat,gua nak cadbury).

lepas tu makwe(kawan biasa) memberi cadangan untuk pergi ke PA semula untuk melihat samada selipar gua tercicir kat sana.gua setuju.masuk ke PA,gua terus tuju kat tempat parking tadi.

*****
selipar makan tuan.cilakak!.

*keterujaan membawa padah.moral of the story "jangan memandu dengan berkaki ayam"
gua dah mahir drive sambil pakai kasut

angin sepoi sepoi macam faham bahasa

lepas mandi terus kepala gua terasa ringan je.oh yeah!.tiada lagi halangan menutupi telinga,tiada lagi penghadang menghalang pandangan.suara suara yang sering berkata "potong la rambut tu" juga tidak kedengaran.bermaksud mereka puas hati dengan hasil yang telah diberikan oleh si penggunting siang tadi.




*oh yeah!.harap sempat la panjang sebelum raya.dah macam penan gua tengok

5.7.10

bicara masa depan

suatu malam,

suasana tenang diselangi dengan bunyian tv bersiaran jangan lupa lirik.

anak:mak,orang nak kahwin la

emak:kahwin la

anak:ada duit tak?

emak:ada

anak:berapa?

emak:rm20

anak:boleh la.buat lepas mas kawin.tambah lagi rm2.50 cukup la

emak:..(senyum)

***


*mak minat aznil haji nawawi

intro

intro la sangat.

dekat 2bulan gua cuti tak mendatangkan kebaikan mahupun kekayaan kat diri gua ni.haram j betul la.tidur sebelum 5am,bangun dekat 4pm.apa kejadahnya orang-sibuk-cari-rezeki-kau-buat-taik-mata-free.rupa pun dah macam orang gelap masa depan.oh gua sayang rambut ni.but law is law.ceh kau nak speking london pula.petang nanti gua nak usha mana mana amoi cutting model yang sudi meng'auta' mahkota gua ni.harap gua mampu buat muka comel.murah sikit cas.


sebelum world cup

hari hari yang berlalu usah dikenang.cewahh.tapi memang gua selalu kenang pun.sebelum cuti semester bukan main beria status fesbuk-->"homesick","rindu kat mak","tak sabar nak balik".
macam haram!

seminggu je gua rasa betul betul seronok cuti.ok gua up 2minggu.lepas tu otak gua terus beku tak tahu nak buat apa selain tengok mentor ,akademi fantasia,jangan lupa lirik.lain la kalau ada makwe,boleh juga gua ajak dating sejam dua.

*****

minggu depan gua dah naik semester baru,hidup baru dirumah sewa baru.brader,sewa tak boleh kurang lagi ke?.gaji gua sebulan bukan rm1200 mengikut stendet kilang gua kerja dulu.


* mood cuti hampir tamat.gua tak suka

awak busuk

semangat gua makin membara bila selalu sangat mengintip blog blog para artisan blog yang secara tersengaja gua klik.gua memang tertarik dengan setiap ayat ayat yang diluahkan.oh gua jatuh cinta.celaka!

cuti semester yang lama hilang akal kalau-kerja-dapat-gaji-boleh-joli-takpun-tukar-telefon-bimbit-baru-tapi-gua-buang-masa-sia-sia membuatkan hari hari gua mengadap komputer riba 'old skool' sambil usha mata melayari bahtera.eh gua bujang lagi.ok melayari internet sambil mengintip beberapa blog artis tersebut.what the hell macam gua takde kerja lain je kan.dah memang gua tak kerja.demm.

ok sebagai permulaan,gua nak cuba mencatat lebih banyak lagi sampai gua muntah badang bagi segala cicak,lipas makan sampai ajal.

salah satu blog yang gua selalu usha ialah hilangpunca.memang hilang akal kalau lu orang tak layan.artis ni asal dari kuala lipis.terbaik aok!.eh tetiba gua nak speking lipih pe hal.lupa daratan betul.pastu ada juga blog cikgu-->wd and bandages.old skool.gua suka.dan banyak lagi la blog blog yang gua layan.

cerita banyak tak guna,layan dulu hilangpunca baru tau dia punya kaw kaw gelak tak ingat dunia.

*gua ada blook hilang punca.ada makwe ni pinjam tak reti reti nak pulang.bak kata pipi "lu memang kodi"
hey all..should i say hello?!..

oh..assalamualaikum

agak tergerak hati gua nak berjinak jinak dengan memblogkan diri gua setelah mengintip beberapa blog yang agak femes bagi gua.lu orang memang idola gua.terima kasih banyak banyak